17.3.09

Rumusan kesan-kesan negatif penggunaan internet

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

Pendahuluan
Petikan membincangkan masalah penyalahgunaan internet yang semakin serius pada masa kini
(di Malaysia / di seluruh dunia).
Petikan membincangkan keburukan / akibat penggunaan internet yang berleluasa / yang sukar dikawal / yang semakin membimbangkan (pada masa sekarang).

Jika...
Petikan membincangkan implikasi negatif penggunaan internet.......... 1m
Petikan membincangkan kesan buruk penggunaan internet................ 1m


Isi Tersurat (kesan negatif internet)
1. Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya / moral.
2. Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral (1m) secara talian terus (1m).
3. Internet menyebarkan (pelbagai judul) buku yang diharamkan (di sesetengah negara).
4. Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan (tanpa izin pemegang hak
ciptanya).

Jika .... Terbitan Ensiclopedia World Wide disebarkan (melalui internet) tanpa izin pemegang
hak ciptanya -1m

5. Internet menyebarkan iklan yang (mungkin) tidak diterima oleh media lain / yang melanggar kod
etika
pengiklanan/ yang mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak.
6. (Pelbagai) fitnah / khabar angin dapat disebarkan (terhadap kerajaan / organisasi / pihak
tertentu).

7. Masalah dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi berlaku.
8. Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut berlaku.

Isi Tersirat (langkah membendung penyalahgunaan internet - KBKK)
1. Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan penyebaran karya cetak rompak
dalam internet /
memperketat undang-undang jenayah siber.
2. Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif.
3. Ibu bapa memantau laman yang dilayari oleh anak-anak / menapis laman yang dilayari oleh
anak-anak.


(Isi lain yang sesuai diterima)
Jika tidak dinyatakan pihak yang melaksanakan langkah, 1m sahaja.
Contoh : Undang-undang jenayah siber diperketat. 1m

Kesimpulan
Kesimpulannya, kebebasan penggunaan internet mesti dikawal supaya penyebaran bahan yang menyalahi norma masyarakat dapat dielakkan.


Soalan 2 : Pemahaman [10 markah]

Soalan 2(a) : Petikan Umum
(i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [3 markah]
-selalu digunakan sebagai saluran

(ii) Internet mempunyai beberapa kebaikan. Nyatakan kebaikan tersebut. [3 markah]
-memberi maklumat tanpa sekatan / demokrasi maklumat / masyarakat bebas memperoleh/
menyampaikan maklumat
-mengubah cara manusia berkomunikasi
-sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat murah
-berupaya menyebarkan imej digital

(iii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri laman web mata pelajaran yang menarik. [4 markah]
-penerangan yang mudah difahami
-kandungan yang sentiasa dikemas kini
-ada ruangan soal jawab
-ilustrasi yang menarik / gambar berwarna-warni
-ada pautan dengan laman web lain yang berkaitan
-banyak bahan latihan

(Isi lain yang sesuai diterima)