30.10.09

SPM kian hampir.....


Kejayaan dan kegagalan seseorang individu mencapai sesuatu yang diidam-idamkan bukan semata-mata terletak pada keupayaan intelek tetapi kestabilan rohani dan emosi juga iaitu semangat dan keazaman. Pelajar yang dianggap baik dalam pelajaran tetapi kurang daya tahan, takut menghadapi cabaran serta kurang usaha adalah golongan pelajar yang tidak mempunyai semangat dan keazaman diri. Mereka inilah yang berkemungkinan besar akan gagal untuk mendapat kejayaan. Pelajar yang prestasinya tidak begitu baik tetapi rajin pula, tidak mudah menyerah kalah, bersedia menghadapi cabaran serta berusaha bersungguh-­sungguh tanpa bosan. Mereka ialah golongan pelajar yang dianggap mempunyal semangat dan keazaman. Jaga solat, berdoa sentiasa. Dengan izin Allah, anda akan mendahului rakan-rakan yang lain dalam persaingan untuk mencapai kejayaan.
Tingkatkan usaha, masanya hampir tiba...