29.7.10

Rumusan langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan [2 markah] Petikan membincangkan usaha-usaha/ cara-cara meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan yang berpotensi untuk berkembang di Malaysia.

Isi tersurat (langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/tindakan-tindakan) [12 markah]
1. Menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel.
2. Membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.
3. Menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia.
4. Menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta.
5. Melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit.
6. Menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan.
7. Mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan.
8. Mengadakan pemantauan secara berterusan.
9. Menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan.
10. Mengutamakan tanggungjawab sosial dan perkhidmatan yang berkualiti.

Isi tersirat (kesan-kesan) -pendapat [4 markah]
1. Meningkatkan kemajuan ekonomi negara.
2. Imej negara akan terkenal di seluruh dunia.
3. Kadar pengangguran dapat dikurangkan.
4. Peluang perniagaan yang baru terbuka kepada masyarakat.
5. Pakar perubatan asing berminat bekerja di Malaysia.

Kesimpulan [2 markah]
Kesimpulannya, bidang pelancongan kesihatan mestilah dimajukan supaya Malaysia dapat menjadi destinasi pilihan utama sektor tersebut.

Soalan 2(a)
(i) -peranan untuk memajukan masyarakat

(ii) -kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta
-negara kita memiliki kepakaran yang tinggi
-kos perubatan rendah mengikut tukaran mata wang asing
-negara kita memiliki keindahan alam semula jadi

(iii) -pihak swasta kurang bekerjasama
-saingan daripada negara-negara yang sudah berpengalaman dalam industri
-sambutan masyarakat masih dingin kerana promosi yang tidak menyeluruh
-kos untuk memajukan bidang ini sangat tinggi