Latihan 1
(i) pergi
Puan Aminah telah pergi ke rumah anaknya di Ipoh.
pemergian
Pemergian Ali ke Kuala Lumpur direstui oleh ibunya.
(ii) jauh
Walaupun tempat itu masih jauh, Pak Ahmad tetap tabah meneruskan perjalanannya.
berjauhan
Aminah dan Siti jarang-jarang berjumpa kerana mereka tinggal berjauhan antara satu
sama lain.
(iii) tenteram
Suasana yang tenteram di rumah memudahkan Ali untuk mengulang kaji pelajaran.
ketenteraman
Semua rakyat Malaysia mesti bersatu padu menjaga ketenteraman negara.
Latihan 2
(i) Setelah kemarahan ayah reda barulah kami berani menegurnya dan meminta maaf atas
kesalahan yang kami lakukan.
“Jangan redah saja kawasan hutan itu kerana ada laporan bahawa terdapat binatang buas di situ,” pesan Pak Abu kepada anggota pasukan Pengakap.
(ii) Pada cuti semester yang lalu, Ali bekerja sambilan di restoran makanan segera di Shah
Alam.
Luasnya alam semesta ini menunjukkan betapa hebatnya kebesaran Tuhan Yang Maha Esa.
(iii) “Jangan Ialai sewaktu melintas jalan,” pesan ibu kepada kami.
Kassim sudah lali mendengar leteran ibu setiap kali dia pulang lewat ke rumah.
Latihan 3
(i) “Rumah pusaka ini perlu kamu jaga dengan baik walaupun ayah telah tiada,” kata Pak Abu
kepada anak saudaranya.
Penduduk kampung itu diminta berjaga-jaga supaya tidak diserang wabak taun.
(ii) Haiwan yang jinak di taman itu menarik perhatian para pengunjung.
Ramli mula berjinak-jinak dengan perniagaan setelah sekian lama bekerja sebagai petani.
(iii) Keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan menyebabkan Ali lambat sampai ke
pejabat.
Orang ramai bersesak-sesak di pasar raya yang menawarkan potongan harga itu.
8.11.07
Membina ayat (ii)
Aspek: Tatabahasa - morfologi (jawapan) Dikirim oleh monasrim pada 08:13