8.11.07

Membina ayat (i)

Latihan 1
(i) saksi
Ahmad merupakan saksi pihak pendakwa dalam perbicaraan tersebut.
(ii) disaksikan
Peristiwa yang bersejarah itu disaksikan oleh rakyat menerusi televisyen.
(iii) kesaksian
Kesaksian orang yang melihat kejadian itu amat penting untuk membantu pihak polis.
(iv) musnah
Harapannya untuk meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia telah
musnah kerana pencapaiannya yang tidak memuaskan dalam peperiksaan.
(v) dimusnahkan
Rumah penduduk Palestin di Tebing Barat telah dimusnahkan oleh tentera Israel.
(vi) kemusnahan
Kemusnahan hutan yang semakin serius perlu ditangani segera oleh Jabatan Alam Sekitar.