5.1.08

Rumusan kepentingan proses kitar semula

Soalan 1 : Rumusan

Pengenalan
Petikan membincangkan keutamaan/ manfaat/ faedah/ kebaikan proses kitar semula yang perlu diberikan perhatian oleh masyarakat.

Isi Tersurat (manfaat proses kitar semula)
1. Bahan­-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin/ Masalah pembuangan sampah dapat diatasi.
2. Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.
3. Ruang hidup manusia dapat dipelihara/ dijaga.
4. Kitar semula menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih / Pengekalan kebersihan dalam kehidupan dapat dijamin.
5. Penyakit dapat dikawal daripada merebak.
6. (Lima kali) lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia.
7. Kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah.

Isi Tersirat (masalah pelaksanaan proses kitar semula)
1. Masyarakat tidak memberi komitmen menyeluruh untuk menjayakan usaha ini/ masyarakat menganggap usaha ini tanggungjawab kerajaan sahaja.
2. Pihak berkuasa tempatan tidak bersungguh-sungguh merealisasikan proses kitar semula.
3. Kemudahan yang berkaitan masih tidak banyak/ berada di lokasi tertentu sahaja/ tidak mencukupi untuk menampung keperluan.

Kesimpulan
Kesimpulannya, proses kitar semula mesti dilaksanakan secara bersepadu supaya keselesaan dan kesihatan masyarakat terjamin.

Soalan 2(a) : Petikan Umum
(i) -menimbulkan/ menyebabkan ketidakselesaan melihat timbunan sampah

(ii) -menyakitkan mata memandang
-bau yang busuk akan mengganggu keselesaan penduduk
-mengancam sistem air bawah tanah
-menjadi tempat pembiakan serangga perosak
-merebakkan penyakit berjangkit

(iii) -ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil tentang kepentingan proses kitar semula
-pihak sekolah terlibat secara serius dalam usaha kitar semula menerusi penerangan dalam pengajaran di kelas atau gerak kerja kokurikulum
-media massa menyedarkan masyarakat secara berterusan tentang kepentingan menjaga alam sekitar
-pertubuhan bukan kerajaan membiayai kos menganjurkan kempen kebersihan di seluruh negara