Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang peranan media massa dan langkah menyekat penerbitan bahan yang negatif. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada waktu yang Iampau, perhubungan antara orang perseorangan ataupun antara suatu pihak dengan orang ramai hanya diikat melalui percakapan. Kini, kaedah tersebut sudah tidak memadai. Peranan media massa menjadi sangat luas. Kemajuan teknologi dunia hari ini membolehkan sesiapa saja berada di rumah tanpa rasa bosan. Media massa merupakan alat pengumpul dan penyebar mesej semasa tentang masyarakat. Isu-isu terkini tentang kemalangan, rusuhan, pertelingkahan politik dan sebagainya dapat disebarkan dengan cepat. Rakyat pelbagai negara dapat berkongsi kesedihan dan kegembiraan menerusi siaran media massa itu. Selain itu, sebagai bahan hiburan yang murah, media massa membolehkan orang ramai mengisi masa lapang. Dalam konteks perpaduan, media massa menjadi agen penggerak pembangunan dan pembaharuan sesebuah negara. Hal ini kerana menerusi media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam golongan etnik yang berlainan dapat disebarkan. Secara tidak Iangsung, semangat perpaduan dapat disemai dalam masyarakat.
Maklumat tentang virus HIV, teknologi DNA atau punca penipisan lapisan ozon dapat difahami melalui laporan yang dibaca, didengar ataupun ditonton. Dalam hal ini, bagi orang ramai, media massa merupakan saluran atau sumber penting untuk mengetahui hal ehwal sains dan teknologi. Rakyat Jepun tidak ketinggalan zaman kerana sering rnemanfaatkan laporan sains yang disiarkan menerusi televisyen, akhbar dan majalah.
Berita-berita yang sengaja direka, secara tidak langsung berbahaya kerana berkemungkinan melaga-lagakan masyarakat. Sentimen yang bersifat spekulatif dan provokatif yang mungkin memburukkan imej negara dapat disekat dengan adanya media yang bertanggungjawab. Media massa menjadi jambatan untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan dan perselisihan pendapat ini sebelum rusuhan dan pergolakan politik menjadi kenyataan.
Perang Amerika-Vietnam adalah yang mula-mula disiarkan secara Iangsung oleh televisyen Amerika dan hasilnya perang ini mendapat tentangan hebat daripada rakyat Amerika terhadap campur tangan di Vietnam. Ternyata, media massa telah membangkitkan sikap antipeperangan dalam kalangan manusia. Mesej bahawa peperangan perlu dihentikan sukar untuk sampai kepada khalayak ramai tanpa bantuan media massa.
Kini, media massa, khasnya akhbar turut menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan idea dan kritikan mereka tentang sebarang perkara. Malangnya, sesetengah orang telah menyalahgunakan hak itu. Mereka mengecam sesuatu dasar atau sistem secara membuta tuli. Sikap antiperubahan dalam kalangan sebilangan ahli masyarakat ini akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap pemerintah secara beransur-ansur. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk dijayakan. Kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas akhirnya.
Peranan pihak media massa perlu dikaji dari semasa ke semasa. Pengamal media perlu terus menegakkan kebenaran tanpa syarat melalui kandungan editorial berita, ulasan serta analisis gambar yang tulen. Selagi media massa menjalankan peranannya dengan betul, institusi itu dan kerajaan pasti dapat berganding bahu dengan baik ke arah kecemerlangan.

Soalan 2(a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata membolehkan orang ramai mengisi masa lapang dalam petikan di atas.
[2 markah]
ii. Apakah akibat yang akan berlaku jika media massa dijadikan saluran untuk mengecam dasar
pemerintah hati? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah pengamal media kian cenderung menyiarkan bahan yang
bersifat negatif? [4 markah]