Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Pengenalan
Petikan membincangkan pengaruh media massa terhadap masyarakat.
Isi tersurat (peranan media massa)
1. Media massa berperanan sebagai alat pengumpul dan penyebar mesej semasa tentang masyarakat.
2. Media massa ialah bahan hiburan murah yang membolehkan orang ramai mengisi masa lapang.
3. Media massa merupakan agen penggerak pembangunan dan pembaharuan sesebuah negara.
4. Media massa merupakan saluran atau sumber penting untuk orang ramai mengetahui hal ehwal sains
dan teknologi.
5. Media massa mampu menyekat sentimen yang bersifat spekulatif dan provokatif (yang mungkin
memburukkan imej negara).
6. Media massa membangkitkan sikap antipeperangan dalami kalangan manusia.
7. Media massa menjadi saluran bagi orang ramai untuk mengemukakan idea dan kritikan mereka tentang
sebarang perkara.
8. Media massa menegakkan kebenaran tanpa syarat.
Isi Tersirat (Langkah menyekat penyebaran bahan yang negatif)
1. Kerajaan perlu menyediakan garis panduan penerbitan siaran kepada pengamal media.
2. Penerbit bahan tidak bermoral/ lucah/ negatif mesti dikenakan hukuman berat.
3. Semua penyiaran bahan bercetak/ elektronik perlu ditapis oleh pihak kerajaan/ berwajib/ diluluskan
penyiarannya oleh pihak berwajib.
Kesimpulan
Kesimpulannya, peranan media massa perlu dipertingkatkan supaya kewibawaannya sebagai pembekal maklumat yang benar tidak terjejas.
Soalan 2 (a) : Petikan Umum [9 markah]
i. -memberi peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan waktu senggang/ terluang/ rehat
ii. -kepercayaan rakyat terhadap pemerintah terhakis secara beransur-ansur
-sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk dijayakan
-kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas
iii.-disukai khalayak pembaca/ penonton
-mendatangkan keuntungan material
-tidak mempedulikan tanggungjawab sosial
-persaingan hebat dalam dalam bidang tersebut
3.12.08
Rumusan peranan media massa
Aspek: Rumusan - jawapan Dikirim oleh monasrim pada 13:29