28.3.11

Pantun Enam Kerat

Maksud
Rangkap 1

Kekecewaan yang dialami disembunyikan daripada pengetahuan orang lain. Penderitaan yang dirasai tidak dipedulikan walaupun kesannya sangat mengguris perasaan.

Rangkap 2
Semua perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, dan bukan disebabkan salah salah sesiapa.

Rangkap 3
Kekecewaan seseorang terhadap sikap orang yang disayangi yang sudah menemui teman baharu/ pengganti sehinggakan teman yang lama/ pasangan selama ini sudah tidak dihiraukan lagi dan hanya mampu mengharapkan simpati.

Tema
Kecekalan / ketabahan terutama apabila menghadapi saat kecewa dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk percintaan.

Persoalan
i. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam percintaan.
ii. Reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
iii. Untung nasib yang dialami seseorang merupakan lumrah hidup.
iv. Kesetiaan seseorang terhadap pasangannya dalam percintaan.
v. Asam garam kehidupan manusia yang penuh dengan dugaan.

Nilai Murni
i. Keredaaan.
Contohnya, seseorang itu reda menerima suratan takdir.

ii. Ketabahan.
Contohnya, seseorang itu tetap tabah menghadapi nasib malang/ kekecewaan
dalam
percintaan.
iii. Ketahanan diri.
Contohnya, seseorang itu memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah
percintaan.
iv. Percaya pada qadak dan qadar.
Contohnya, semua perkara yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan manusia harus reda
menerimanya.
v. Kesetiaan.
Contohnya, kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagi terhadap pasangannya.

Pengajaran
i. Kita hendaklah mempunyai kekuatan diri untuk melawan segala kekecewaan yang berlaku
dalam hidup.
ii. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
iii. Kita janganlah mudah lupa akan kasih sayang orang lain terhadap kita.


Contoh soalan KBKK
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu tabah dalam menghadapi kekecewaan? [3 m]