Maksud
Rangkap 1
Seseorang itu perlu ada sifat sabar dan tidak terburu-buru serta sentiasa cuba bertenang kerana kesabaran ialah ciri orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan muda diperdaya oleh hasutan iblis. Hal ini membolehkannya berjaya dalam kehidupan.
Rangkap 2
Kita sebagai manusia bukanlah sembarangan makhluk ciptaan Allah kerana berasal daripada Nabi Adam yang merupakan salasilah keturunan nabi. Manusia dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.
Rangkap 3
Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakatnya telah dicemari oleh budaya Barat, manakala martabat bahasa Melayu yang dituturkan sejak sekian lama telah semakin terpinggir dan dipandang rendah.
Tema
Keagamaan
Persoalan
i. Sifat sabar sebagai kunci utama kejayaan seseorang.
ii. Kemuliaan manusia sebagai makhluk ciptaan Allah.
iii. Pencemaran budaya dan bahasa ibunda sebagai akibat daripada pengaruh Barat.
Nilai Murni
i. Kesabaran.
Contohnya, sifat sabar sangat penting apabila menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang. ii. Kesyukuran.
Contohnya, manusia perlu berssyukur kerana telah diutuskan oleh Allah untuk menjadi khalifah
di muka bumi.
iii. Bertanggungjawab.
Contohnya, kita semua bertanggungjawab mempertahankan bahasa ibunda, budaya Timur,
dan kestabilan negara.
iv. Keprihatinan.
Contohnya, kita perlu sedar akan maruah dan martabat budaya turun-temurun serta bahasa
ibunda yang dinodai pengaruh Barat.
Pengajaran
i. Kita hendaklah mempunyai sifat sabar apabila menghadapi pelbagai dugaan yang
mendatang.
ii. Kita hendaklah bersyukur kerana dipilih oleh Allah sebagai khalifah untuk memimpin di muka
bumi.
iii. Kita janganlah mudah terpengaruh oleb budaya Barat sehingga mencemarkan ketulenan
budaya Timur yang kita warisi sejak zaman-berzaman.
Contoh soalan KBKK
ii. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah golongan masyarakat tidak peduli akan budaya dan bahasa ibundanya sendiri? [3 m]