28.7.11

Membina ayat (iii)

(i) Saya sentiasa ingat akan nasihat yang diberikan oleh ibu yang berada di kampung,” kata Ali.

(ii) Seingat Hashim, adiknya tidak pernah berselisih faham dengan jirannya itu.

(iii) Ahmad memang seorang pengingat yang baik kerana masih dapat mengecam rakannya yang sudah lama tidak ditemuinya itu.

(iv) Peringatan Kassim tidak dipedulikan oleh budak yang nakal itu.

(v) Mukhlis masih teringat-ingat akan peristiwa malang yang menimpa sahabat baiknya dua tahun yang lepas.

(vi) Beliau akan hadir dalam majlis yang diadakan untuk memperingati jasa pejuang kemerdekaan itu.