28.7.11

Sutera dalam Lukisan - Nilai murni (Bab 1)


Nilai murni : Kasih sayang
Bukti : Bujei sayang akan ibunya, Fatimah dan cuba menyelamatkannya dalam kebakaran.

Kesabaran
Bujei bersabar dengan ejekan dan perlakuan orang kampung terhadapnya.

Ketabahan
Bujei tabah mengharungi cabaran kehidupan walaupun ketiadaan ibu bapa.


Keberanian
Fatimah berani menentang Harun yang cuba mengambil wang atau rantai miliknya.

Kerajinan
Bujei rajin mengemas rumah neneknya dan membaiki barang yang rosak.

Kerajinan
Bujei sanggup menolong orang-orang kampung tanpa disuruh.

Keprihatinan/ Mengambil berat
Same’ah yang prihatin akan kekurangan Bujei mengajarnya mengurus diri seperti membersihkan badan dan memberus gigi.

Bersimpati
Kasim iaitu kawan Bujei sanggup berkongsi bekalan makanan dengannya semasa dalam perjalanan pergi ke sekolah.