Sinopsis
Hawa merupakan pewaris Ahmad Abdullah dan isteri kepada Adam. Dia seorang usahawan eko-pelancongan pewaris ketujuh Ahmad Abdullah di Taman Nasional Yellowstone, Amerika Syarikat. Pakar geologis meramalkan akan berlaku letusan gunung berapi di sekitar Yellowstone dan berdasarkan pergerakan seismic yang sedang menghampiri Canyon Village. Grand Geyser melepaskan erupsi air panas dalam masa sehari kelmarin. Semuanya merupakan petanda bahawa Yellowstone akan bermandikan larva gunung berapi dalam masa terdekat. Adam berusaha memujuk isterinya meninggalkan Yellowstone dan pulang ke Malaysia. Hawa bertegas tidak mahu berpindah kerana moyangnya telah menetap dan menjana ekonomi di Yellowstone bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi sebuah empayar. Tiba-tiba Hawa terasa loya dan pening yang amat sangat. Hawa terasa seperti gunung berapi di selatan Yellowstone telah meletus dan dia terdampar dalam kawah gunung berapi sehingga terhumban ke dalam sebuah terowong. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang member salam. Perkataan ‘bonda’ yang diucapkan oleh suara tersebut membuat Hawa tergamam. Siapakah gerangan yang sedang berbicara dengannya. Suara itu memberitahu Hawa bahawa dia berada dalam rahimnya sendiri dan dunia belum kiamat. Hawa melihat seketul objek berukuran 12 sentimeter di hadapannya. Barulah dia tahu itulah janin yang yang sedang dikandungnya. Dia melihat janinnya yang sedang membesar di dalam rahimnya tersenyum manis. Janinnya mengelus lembut jemarinya. Hawa terkasima dan menjadi kaget. Janinnya memberitahu bahawa dalam keadaan tertentu si ibu akan dapat berkomunikasi dengan janin yang sedang dikandungnya. Hawa mula rasa bahagia. Dia sedang berkomunikasi dengan janinnya sendiri. Tiba-tiba janinnya mengutarakan persoalan agar Hawa segera berpindah dari Yellowstone kerana Yellowstone akan berkubur dengan letusan gunung berapi. Sebagai pewaris kelapan, janin Hawa mahu hidup seperti insane yang lain. Kini tahulah Hawa bahawa dia sedang mengandungkan seorang bayi lelaki. Hawa teringat bahawa tempat seorang isteri ialah di sisi suami. Tidak lama kemudian, Adam pulang dan Hawa memberitahu keputusannya untuk pulang ke Malaysia.
Tema
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.
Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.
Persoalan
i. Kegigihan mencari rezeki di tempat orang.
Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.
ii. Perkahwinan campur di luar negara.
Adam yang berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa, gadis kelahiran Yellowstone,
Amerika Syarikat.
iii. Kepincangan hidup di tempat orang.
Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.
iv. Kepercayaan atas kuasa Yang Maha Esa.
Hawa mengaku segala perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Hawa
-Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
-Penyayang
Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
Setia dalam hubungan kekeluargaan
Dia amat menyayangi Adam suaminya.
-Kurang keyakinan
Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.
Watak Sampingan
i. Adam
-Suami kepada Hawa
-Penyabar
Dia sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.
-Patriotik
Dia ingin kembali dan menetap ke Malaysia.
ii. Janin
-Generasi ke-8 Ahmad Abdullah
-Berani menyatakan pendirian
Dia berani memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke
Malaysia.
-Ikhlas memberi pandangan
Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.
-Patriotik
Dia mempunyai semangat cinta akan tanah air ayahnya, Adam.
Latar
Latar Masa
i. Lapan tahun menunggu zuriat.
ii. Generasi kelapan Ahmad Abdullah.
Latar Tempat
i. Yellowstone.
ii. Devils Tower.
iii. Canyon Village.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang sayang akan keluarga/ zuriat
Contohnya, Hawa menyayangi Adam/ janinnya.
ii. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga
Contohnya, Hawa berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.
iii. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan
Contohnya, perusahaan Taman Nasional Yellowstone sudah bertahan sehingga generasi
kelapan.
iv. Masyarakat yang yakin akan kekuasaan Tuhan
Contohnya, janin yang mendengar degupan jantung berzikir kepada Tuhan.
Nilai Murni
i. Kasih sayang
Contohnya, Hawa menyayangi suaminya, Adam.
ii. Kesabaran
Contohnya, Adam masih bersabar dengan Hawa walaupun mereka berbeza pendapat.
iii. Ketabahan
Contohnya, Ahmad Abdullah tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.
Pengajaran
i. Kita hendaklah menghargai usaha yang menjadi warisan keluarga.
Contohnya, Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone.
ii. Kita hendaklah bersabar menghadapi tekanan.
Contohnya, Adam bersabar menghadapi kerenah Hawa.
iii. Kita mestilah tabah menempuh dugaan hidup.
Contohnya, Ahmad Abdullah tabah menempuh pahit getir kehidupan di rantau orang.