Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.
Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini agaknya kurnia Allah Taala kepada aku rupanya.” Cacing gelang-gelang itu pun dibawanya pulang ke rumah lalu dimasukkan ke dalam kawah. Merah Silu menyuruh rebus semua cacing gelang-gelang itu. Dengan takdir Allah Taala, cacing gelang-gelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Merah Silu pun menjadi kaya kerana mendapat emas dan perak.
Orang pun bercerita kepada Merah Hasum tentang hal Merah Silu dikurniai Allah Taala dengan emas dan perak itu. Kata mereka, “Kakanda Merah Silu kami lihat membawa pulang gelang-gelang yang masuk di dalam bubunya, lalu direbus gelang-gelang itu.” Setelah mendengar khabar saudaranya itu, Merah Hasum diam tiada berkata-kata.
Pada suatu hari, Merah Silu berkata kepada segala askarnya, “Marilah kita muslihatkan kerbau jalang yang tiada berguna kepada tuan-tuan sekalian itu. Hamba hendak perkenakan kerbau itu.”

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja)
(i) Berikan maksud hamba hendak perkenakan dalam petikan di atas. [2 markah]
(ii) Terangkan bagaimana Merah Silu memperoleh kekayaan. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Merah Hasum diam tiada berkata-kata? [3 markah]