Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dia bergerak dan sedar semula. Kemudian dia bersungut tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difaham, “Sakit kepala,” katanya. Mukanya terlalu pucat, tetapi matanya liar. Sangka isteri Kapten Mamat, dia dirasuk polong. Dirasanya nadi Masnah berdenyut lebih cepat, nafas pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat menyuruh isterinya memberi air panas.
Lama-lama Masnah pulih seperti sediakala. Kapten Mamat berkata, “Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti banyak rehat.”
“Saya akan balik ke kampung, Abang Mat.” Dia memeluk anaknya Bahar kemanja-manjaan.
“Bagus. Di sana engkau akan menempuh hidup baru. Sekarang orang kampung sedang membangun.”
“Tetapi saya rasa penyakit saya tidak akan pulih. Sejak beberapa hari ini, rasanya ngilu tulang-tulang saya dan jantung saya terasa bagai ditikam-tikam.”
“Kalau begitu baik pergi berjumpa doktor. Engkau jangan malu menyatakan sakit itu. Siapa juga manusianya sama saja. Merah warna darah masing-masing, tanda adik-beradik belaka. Malangnya masing-masing ada dengan penyakitnya.”
(i) Buktikan bahawa Kapten Mamat mengambil berat tentang Masnah. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah golongan yang tidak berkemampuan seperti Masnah dan anak-anaknya dapat dibantu? [3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

(Dipetik daripada cerpen “Penanggungan” oleh Wijaya Mala dalam antologi Dirgahayu Bahasaku)