4.9.11

Sutera dalam Lukisan - Nilai murni (Bab 9)

Nilai murni : Keprihatinan
Bukti : Adila sangat prihatin akan keselamatan Bujei kerana Bujei tidak datang ke rumah Sidang Saman seperti yang dijanjikan.

Tolong menolong
Adila bertungkus-lumus membantu sepupunya, Same’ah membuat persiapan perkahwinannya.

Keikhlasan
Adila ikhlas membantu Bujei untuk memulihkannya semula.

Keberanian
Faizal berani datang ke rumah Sidang Saman dari bandar untuk memujuk Adila.

Kesabaran
Bujei tetap bersabar walaupun dia menderita kesakitan kerana teruk dipukul oleh Harun.

Nasihat menasihati
Adila memberi nasihat kepada Bujei supaya menghormati orang lain dan menjaga maruah diri sendiri.