15.10.11

Sutera dalam Lukisan - Nilai murni (Bab 16)

Nilai murni : Kerajinan
Bukti : Bujei rajin menanam sayur-sayuran di halaman rumahnya.

Sedia memaafkan
Bujei memaafkan dan sudi menerima Alias apabila Alias memohon maaf atas kesalahannya kepada Bujei selama ini.

Keprihatinan
Mak Lamah prihatin akan keadaan Adila dan menasihatinya agar bersabar menghadapi fitnah yang mengatakan dia menghidap penyakit AIDS.

Keberanian
Bujei berani menyanyi di khalayak ramai semasa majlis kenduri kahwin Same’ah.

Kejujuran
Alias bersikap jujur kepada Bujei dengan mengakui bahawa sebenarnya dia yang menyuruh Bujei menyanyi pada hari perkahwinan Same’ah.