7.3.12

Renyah - Tema


Konflik kekeluargaan yang dihadapi oleh tokoh korporat Melayu akibat daripada kerenah anak-anak.

Bukti:
Datuk Dolhi mencari penggantinya dalam perniagaan daripada kalangan anaknya tetapi gagal. Hasnol telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dalam rasuah, Dani pula pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar ke pusat serenti, Ilham lari ke luar negara menderhaka kepada negara, berdemonstrasi di luar negara menentang kegiatan pembalakan di Malaysia. Sementara itu, Amera bergelut dengan perjuangan suaminya, mempertahankan jawatan dalam parti dan portfolio menteri. Akhirnya anak isteri kedua Datuk Dolhi iaitu Wahi yang menggantikan tempatnya dalam perniagaan.