Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
“Berapa harga ikan kembung ini?”
“Murah, RM10.00 sekilo.”
“Mana murah, minggu lepas RM9.00 sahaja,” kata Aminah.
“Takkan sama dengan minggu lepas,” kata penjual ikan.
“Ala, kuranglah sedikit.”
“Beli banyak, bolehlah.”
Cakap Ajuk | Cakap Pindah |
“Berapa harga ikan kembung ini?” | Aminah ingin tahu akan harga ikan kembung di tempat itu.
|
“Murah, RM10.00 sekilo.”
| Penjual ikan memberitahu Aminah bahawa harga ikan yang dijualnya murah sahaja iaitu RM10.00 sekilo.
|
“Mana murah, minggu lepas RM9.00 sahaja,” kata Aminah.
| Aminah menidakkan dakwaan penjual ikan itu. Aminah menegaskan bahawa harga ikan kembung pada minggu sebelumnya hanya RM9.00 sekilo.
|
“Takkan sama dengan minggu lepas,” kata penjual ikan.
| Penjual ikan menjelaskan bahawa harga ikan pada minggu itu tidak semestinya sama dengan minggu sebelumnya.
|
“Ala, kuranglah sedikit.”
| Aminah merayu agar penjual ikan menurunkan harga ikan kembung yang dijualnya.
|
“Beli banyak, bolehlah.”
| Penjual ikan menjelaskan bahawa dia boleh mengurangkan harga jualan ikan kembungnya jika Aminah bersedia membei dalam kuantiti yang banyak. |
Jawapan:
Aminah ingin tahu akan harga ikan kembung di tempat itu.
Penjual ikan memberitahu Aminah bahawa harga ikan yang dijualnya murah sahaja iaitu RM10.00 sekilo.
Aminah menidakkan dakwaan penjual ikan itu.
Aminah menegaskan bahawa harga ikan kembung pada minggu sebelumnya hanya RM9.00 sekilo.
Penjual ikan menjelaskan bahawa harga ikan pada minggu itu tidak semestinya sama dengan minggu sebelumnya.
Aminah merayu agar penjual ikan menurunkan harga ikan kembung yang dijualnya.
Penjual ikan menjelaskan bahawa dia boleh mengurangkan harga jualan ikan kembungnya jika Aminah bersedia membei dalam kuantiti yang banyak.