Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syair Makna Riak
Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
lnilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.
Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.
Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.
Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.
Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.
Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekornya berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.
Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak menjadi kepala.
Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkannya ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.
Antologi Dirgahayu Bahasaku.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan tetapi hatinya ke dunia bertali? [3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang daripada bersifat riak? [3 markah]
(iii) Nyatakan tiga persoalan dalam Syair Makna Riak. [3 markah]