2.4.12

Renyah - Latar Masyarakat

1. Masyarakat usahawan yang berjaya dalam perniagaan secara usaha sama.
Contoh : Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya

2. Masyarakat yang tamak akan harta.
Contoh : Hasnol bersikap tamak oleh sebab sanggup menerima rasuah daripada Tengku Munir.

3. Masyarakat pendidik yang berdedikasi dalam tugas.
Contoh : Amera bekerja sebagai guru dan menerima anugerah guru negeri terbaik.

4. Masyarakat yang terlibat dalam penyelewengan terhadap agama.
Contoh : Mukhlis terikut-ikut dengan kesesatan dalam usahnya mendalami ajaran agama.

5. Masyarakat yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan.
Contoh : Raj Hussein meminta Datuk Dolhi menamakan projeknya dengan nama yang berciri kemelayuan.

6. Masyarakat yang mementingkan kelestarian alam sekitar.
Contoh : Ilham peka akan kemusnahan alam sekitar dan berusahna menghalangnya daripada berterusan.

7. Masyarakat yang menghargai produk tempatan.
Contoh : Datin Tominah meminta Datuk Dolhi memakai baju batik tempatan iaitu batik Kelantan

8. Masyarakat yang bersikap terbuka terhadap perkahwinan campur.
Contoh : Wahi berkahwin dengan gadis Jepun iaitu Yuka. Datuk Dolhi tidak membantah hasrat anak Albert Lee iaitu Robert Lee yang mahu berkahwin dengan anaknya, Amera