Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
i. air muka
ii. rambang mata
iii. bagai isi dengan kuku
iv. seperti cicak makan kapur
v. belakang parang diasah lagikan tajam
vi. kalah jadi abu, menang jadi arang [6 markah]
*Cadangan :
Gunakan kata hubung 'kerana' untuk membantu calon menunjukkan maksud peribahasa dalam ayat.
Contoh jawapan murid:
i. Ahmad telah menjatuhkan air muka saya kerana melakukan perbuatan yang memalukan saya dalam majlis yang diadakan di rumahnya itu.
ii. Puan Aminah rambang mata ketika membeli belah di pasar raya kerana pasar raya tersebut menawarkan potongan harga yang rendah.
iii. Hubungan Ali dengan Abu bagai isi dengan kuku kerana mereka berkawan rapat sejak kecil.
iv. Amira seperti cicak makan kapur kerana terjatuh apabila tersepak tunggul kayu di depan kawan-kawannya.
v. Walaupun kurang cerdik, tetapi jika rajin membuat latihan dan ulang kaji, kita pasti akan memperoleh kecemerlangan kerana belakang parang diasah lagikan tajam.
vi. Perbalahan antara Azmi dengan Hashim bagaikan kalah jadi abu, menang jadi arang kerana kedua-duanya mendapat kecederaan.
27.4.13
Membina ayat menggunakan peribahasa
Aspek: Peribahasa (soalan) Dikirim oleh monasrim pada 10:28