21.3.17

Novel 'Bimasakti Menari' : Nilai murni (tugasan berkumpulan)


Nilai murni
Bukti / Contoh
Muka surat
Kebijaksanaan
Nurul Hafsa merupakan graduan lulusan Universiti Jordan dalam bidang fizik dan kaji falak. Dia bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
3
Kejujuran
Nurul Hafsa jujur mengakui kegagalan mencerap keseluruhan buruj Orion kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun. Hal ini berpunca daripada pencemaran cahaya.
7
Keberanian
Nurul Hafsa berani berjanji kepada kumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun bahawa dia akan menangani masalah kegagalan mencerap bintang dengan mata kasar di Kuala Selangor.
9
Kasih sayang
Puan Wickham memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia menyayangi dan selalu rindu kepada anaknya itu.
15
Berjimat cermat
Haji Yassir menadah air hujan di dalam tempayan untuk kegunaan menyiram pokok dan membasuh, walaupun di rumahnya ada bekalan air paip.
31
Ketaatan
Haji Yassir dengan anak-anaknya iaitu Budiman dan Nurul Hafsa menunaikan solat zuhur secara berjemaah

31
Keprihatinan
Haji Yassir yang prihatin akan masalah pembiakan nyamuk aedes menutup tempayan yang digunakan untuk menadah air dengan plastik
31
Yakin diri
Nurul Hafsa yakin bahawa dia mampu memainkan peranan untuk memastikan alam sekitar Kuala Selangor tidak terus terjejas oleh kepesatan pembangunan.
35
Kepekaan / Keprihatinan
Nurul Hafsa berasa bimbang akan kepesatan pembangunan di Kuala Selangor yang tidak terancang kerana dikhuatiri membawa kesan buruk terhadap alam sekitar dan melenyapkan khazanah alam.
35
Keinsafan
Nurul Hafsa memohon maaf daripada Muhammad Taufik kerana tidak mengetahui tujuan sebenar Tan Sri Muhaimin membeli 50 hektar tanah berhampiran dengan sungai di Kampung Kuantan.
55
Bersemangat tinggi
Muhammad Taufik berhenti belajar di New Zealand dan kembali ke Malaysia kerana mahu mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya dengan realiti kehidupan sebenar dengan melaksanakan projek rumah mesra alamnya.
68
Kasih sayang
Tan Sri Muhaimin sangat sayang akan Muhammad Taufik sehingga berusaha memenuhi setiap permintaan anaknya itu selagi dia termampu dengan harapan Muhammad Taufik berjaya mencapai potensi tahap maksimum yang boleh diperolehnya..
68-69
Keprihatinan
Nurul Hafsa prihatin akan perkaitan antara aktiviti pencerapan bintang dengan ketulenan atmosfera.
83
Nasihat menasihati
Dato’ Haji Mustofa menasihati Dato’ Johann Arlington-Majid agar belajar melakukan perkara yang betul dan tidak terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
110
Keberanian
Muhammad Taufik berani meneruskan usaha untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor walaupun keselamatan dirinya terancam.
143
Keberanian
Muhammad Taufik berani pergi ke stesen minyak Petronas di hadapan hospital walaupun sedar akan bahaya yang akan dihadapinya.
160