5.5.20

Bimasakti Menari - Persoalan

i. Kepentingan sikap bijaksana dalam menangani masalah.
Buktinya, Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat daripada langit tidak menjadi gelap pada waktu malam.

ii. Kasih sayang antara ibu dengan anak.
Buktinya, Maryam Wickham tetap mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu.

iii. Sikap prihatin akan masalah pencemaran alam sekitar.
Buktinya, Budiman dan adiknya prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang.

iv. Sikap bertanggungjawab abang kepada adik
Buktinya, Budiman menemani Nurul Hafsa ketika berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.

v. Perasaan dendam yang tidak berkesudahan
Buktinya, Dato’ Johann Arlington-Majid menaruh dendam yang tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Johann bertindak jahat dengan merancang penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.