5.5.20

Bimasakti Menari - Teknik Plot



Teknik plot
Bukti / Contoh
Imbas muka
Nurul Hafsa berimaginasi dia akan nampak kelip-kelip terbang dalam satu kumpulan dengan jumlah yang berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak semasa dia menaiki bot kecil di sungai Kampung Kuantan.

Tan Sri Muhaimin menggambarkan keunikan projek pembinaan Taman Bandar Raya Hijau Kuala Lumpur yang diinspirasikan daripada taman-taman dalam tamadun Islam.
Imbas kembali
Nurul Hafsa teringat akan persahabatan abangnya dengan Muhammad Taufik semasa berada di sekolah rendah.

Tan Sri Muhaimin terkenang kembali waktu dia membesarkan Muhammad Taufik di Kuala Selangor semasa dia masih membina perniagaannya.

Tan Sri Muhaimin teringat akan zaman dia dan Tan Sri Yahya bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA Rembau sebelum masing-masing berpisah untuk menyambung pelajaran.

Maryam Wickham Abdullah teringat akan pertemuan dan perbincangannya dengan Nurul Hafsa tentang bintang dan kelip-kelip semasa berjumpa di Balai Cerap Sultan Salahuddin.

Muhammad Taufik teringat akan cerita dan pengalaman Maryam Wickham yang pernah menjadi ekstremis perjuangan ekologi semasa ibunya itu masih belajar di universiti.
Pemerian
Pengarang menggambarkan keunikan rumah Ikhtiar Teknoalam sebagai kediaman mesra alam yang kelihatan seperti rumah tradisional Melayu tetapi mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi.

Tan Sri Muhaimin memerihalkan Taman Bandar Raya Hijau Kuala Lumpur yang mempunyai empat saliran air sebagai lambang empat sungai di dalam syurga Firdaus yang disebutkan dalam al-Quran.

Pengarang melalui watak Nurul Hafsa memerihalkan rupa paras Muhammad Taufik iaitu anak Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham Abdullah.
Monolog
Nurul Hafsa bercakap sendirian tentang kekecewaan para pelawat yang tidak dapat melihat kelip-kelip dan kaitan antara kelip-kelip di kawasan paya dengan bintang yang tidak kelihatan di langit.

Dato’ Johann memaki-hamun seorang diri  di atas Bukit Melawati kerana begitu marah kepada Tan Sri Muhaimin yang hampir pasti mendapat tender projek pelan pencahayaan yang mesra alam di Kuala Selangor.
Monolog dalaman
Tan Sri Muhaimin berkata-kata dalam hatinya tentang kemungkinan Muhammad Taufik sengaja mereka-reka cerita bahawa ibunya berkirim salam kepada Tan Sri Muhaimin. 

Dato’ Johann Arlington Majid merungut dalam hatinya kerana tidak memahami keperluan mengembalikan kedudukan Kuala Selangor sebagai kawasan tumpuan kelip-kelip.

Muhammad Taufik berkata dalam hatinya bahawa dia bersyukur kerana Allah menjadikannya cukup kuat untuk menghadapi dugaan yang sedang dilaluinya.

Dialog
Nurul Hafsa berbual-bual dengan pengemudi bot tentang laluan sungai yang tidak boleh dilalui oleh mereka.

Nurul Hafsa berbual-bual dengan abangnya, Budiman tentang perkhemahan Budiman di Taman Rimba Templer.

Nurul Hafsa berbincang dengan Muhammad Taufik tentang objektif projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang diharap menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun.
Saspens
Pembaca tertanya-tanya sama ada Nurul Hafsa dapat menerima hakikat bahawa langit semakin terancam oleh pencemaran cahaya.

Pembaca tertanya-tanya sama ada Nurul Hafsa mampu menghadapi ancaman terhadap keselamatannya yang diaturkan oleh Johann Arlington-Majid.

Pembaca tertanya-tanya sama ada Muhammad Taufik akan selamat selepas diculik di stesen minyak Petronas.
Kejutan
Pembaca tidak menyangka bahawa Maryam Wickham Abdullah sebenarnya ialah ibu kandung kepada Muhammad Taufik.

Pembaca tidak menyangka bahawa Muhammad Taufik akur dan bersetuju sahaja dengan kemahuan keluarganya yang mahu dia berpindah ke Otago, New Zealand dan mengetepikan perjuangannya dengan Nurul Hafsa.