5.5.20

Bimasakti Menari - soalan perwatakan

Jelaskan dua perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang anda kaji.   [7 markah]


     Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa.

      Antara perwatakan Nurul Hafsa ialah dia seorang gadis yang tabah. Buktinya, Nurul Hafsa tabah menghadapi dugaan dan ancaman terhadap keselamatannya dalam usaha mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk menjaga habitat kelip-kelip dan memastikan aktiviti pencerapan bintang dapat dilakukan dengan mudah.

      Selain itu, Nurul Hafsa seorang gadis yang jujur. Buktinya, dia secara jujur menjelaskan punca bintang-bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar kepada pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.

      Di samping itu, Nurul Hafsa seorang gadis yang berani. Buktinya, dia berani meneruskan usaha untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor walaupun menyedari keselamatan dirinya terancam.