i. Kerajinan / Kegigihan
Raiha tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran, dia telah menjadi seorang pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Walaupun Felicia Landosi tinggal di kawasan pedalaman di Inanam, tetapi kerana kerajinannya, dia berjaya dalam pelajarannya dan menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
ii. Keberanian
Raiha berani mempertahankan pendiriannya bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Doktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri.
iii. Tanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pinggul kali keenam ke atas Unong Siron. Raiha berusaha membantunya agar dia dapat pulih dan tidak menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang dalam kesakitan di hospital.
iv. Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib malang yang menimpa Unong Siron. Baginya, pembedahan penggantian sendi tulang pinggul sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi Doktor Uwang yang menjalankan pembedahan tersebut ialah doktor pakar yang terkenal.
v. Nasihat menasihati
Bapa Raiha menasihatinya agar tidak meneruskan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz yang usianya lebih tua daripada bapanya itu.
Doktor Raiha menasihati Felicia Landosi agar tidak melayan ibu Unong Siron dengan kasar. Doktor Raiha mahu Felicia mengambil berat akan kebajikan pesakit dan keluarga mereka.
vi. Keinsafan
Felicia Landosi insaf dan meminta maaf kepada Raiha kerana keterlibatannya dalam kejadian yang menyebabkan anak Raiha mati dalam kebakaran kereta milik Doktor Sadiz.
vii. Ketabahan
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah kerana menganggap tugas tersebut hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental.
viii.Keredaan
Raiha reda dengan kehilangan anak tunggalnya, Rohayu yang terkorban dalam kejadian kebakaran kereta angkara perbuatan suaminya, Doktor Sadiz.
ix. Kasih sayang
Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan nekad untuk melarikan diri bersama anaknya itu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya Rohayu yang akan dihantar oleh Doktor Sadiz ke pusat rawatan kanak-kanak sindrom Down.
x. Ketaatan
Dr Uwang mentaati arahan ayahnya yang memintanya menghantar Dr Sadiz dan Felicia Landosi kerana bimbang akan keselamatan mereka sebaik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun baharu di rumah Dr Uwang.
Isteri Dr Uwang akur dengan keputusan suaminya yang mahu menghantar anak tunggal mereka ke sekolah berasrama.
5.5.20
Novel Pantai Kasih - Nilai Murni
Aspek: Novel - nota Dikirim oleh monasrim pada 17:41