Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan belia menguasai isu antarabangsa dan punca mereka tidak mengutamakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kebelakangan ini Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam hampir semua persidangan sama ada yang diadakan di dalam atau di luar negara. Penyertaan Malaysia ini sudah membuktikan bahawa betapa soal hal ehwal antarabangsa amat penting dalam konteks melaksanakan dasar luar negara kita. Lebih penting, suara negara ini adalah untuk keadilan dan kita menentang setiap perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia. Tetapi apalah ertinya jika pemimpin kita sahaja yang berjuang sedangkan golongan belia hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil peduli tentang apa-apa yang sebenarnya sedang berlaku. Belia seharusnya tidak ketinggalan melibatkan diri dalam isu global ini. Jika mereka tidak mengikuti perkembangan itu, mereka akan ketinggalan dan tercicir buat selama-lamanya.
Atas dasar menyedari kecetekan ilmu golongan belia dan remaja mengenal soal antarabangsa inilah Menteri Belia dan Sukan mengajak mereka supaya mengambil tahu tentang isu dan masalah globalisasi. Kita menganggap saranan ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kepada belia bukan sahaja untuk membolehkan mereka mengenali diri mereka malah tahu akan perkembangan semasa dunia. Kita mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar menjalankan kempen besar-besaran untuk mengenalkan belia dan remaja dengan isu antarabangsa. Program yang dianjurkan bukanlah terbatas kepada peraduan kuiz dan pertandingan seperti syarahan dan perdebatan tentang topik antarabangsa semata-mata malah belia dan remaja hari ini mestilah digalakkan berdebat menerusi internet. Jika kita lihat dalam internet hari ini, pelbagai isu sudah pun diperdebatkan. Mereka yang tahu memanfaatkannya dapat menimba ilmu menerusinya. Tentunya kita tidak mahu golongan belia dan remaja kita asyik berbincang tentang perkara yang remeh-temeh yang kurang memberi faedah kepada diri dan masyarakat.
Dalam keadaan dunia hari ini yang sering berubah, kita memerlukan belia dan remaja yang berfikiran kritis dan mampu melihat sesuatu peristiwa dan menterjemahkannya kepada keadaan di negara ini. Dengan cara ini mereka dapat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara dengan membandingkan peristiwa yang berlaku di serata dunia.
Jika kita menjadikan isu antarabangsa sebagai satu standard untuk mengukur kematangan belia dan remaja, kita percaya bahawa mutu golongan belia perlu ditingkatkan lagi. Jika mereka golongan pelajar, pengetahuan dan ilmu di dada mereka perlu diperluas bukan hanya berkisar kepada jurusan ilmu yang dipelajari oleh mereka semata-mata. Soal-soal antarabangsa bukanlah perkara yang perlu dipelajari tetapi perlu dikuasai.
Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.
i. Apakah maksud menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara? [2 markah]
ii. Apakah program yang dicadangkan untuk menggalakkan belia menguasai isu antarabangsa? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran tentang kepentingan isu antarabangsa dapat
dipupuk di sekolah? [4 markah]