Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bermula dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, barulah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang tergesa-gesa bertindak merobohkan rumah setinggan terutama yang dijadikan petempatan oleh pendatang tanpa izin. Jika selama ini gambaran yang diberikan ialah tidak ada pihak yang berani ‘menjentik’ pendatang tanpa izin, tetapi setelah menerima teguran daripada pihak atasan, barulah mereka bertungkus-lumus menjalankan kerja penguatkuasaan. Kealpaan mereka selama ini sebenarnya menyusahkan diri sendiri.
Lewat bertindak menyebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini bertambah besar dan bilangan mereka bertambah ramai. Mereka beranggapan tidak ada pihak yang berani mengusir mereka. Pendatang berlagak seolah-olah mereka kebal daripada sebarang tindakan pihak berkuasa. Ketenteraman penduduk awam tidak pernah diberi pertimbangan seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada penduduk tempatan. Sepatutnya, PBT tidak perlu menunggu arahan untuk merobohkan rumah pendatang tanpa izin ini kerana mereka dengan jelas menceroboh tanah kerajaan atau tanah simpanan di samping melanggar undang-undang negara ini.
Pendatang tanpa izin tidak boleh berbuat apa-apa jika rumah mereka dirobohkan. Malangnya, selama ini PBT mendiamkan diri walaupun banyak aduan diterima daripada penduduk tempatan yang bimbang terhadap kehadiran pendatang asing di kawasan mereka. Laporan mengenai petempatan asing secara haram di tanah kerajaan dan tanah simpanan sering juga dilaporkan media. Anehnya, tidak ada tindakan bersepadu diambil untuk mengusir mereka yang mendirikan rumah secara haram. Hanya dengan arahan terbaru itu, barulah nampak kesannya. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan kira-kira 50 rumah setinggan di Taman Dagang. Operasi ini turut disertai oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Disebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini bertaburan di merata-rata tempat di seluruh negara, sepatutnya setiap PBT dapat bertindak serentak.
Gerakan merobohkan petempatan haram secara bersepadu ini tidak bermakna tugas PBT selesai. Dalam gerakan kali ini, tugas merobohkan rumah perlulah disusuli dengan gerakan pengawalan supaya rumah baru tidak didirikan pula di atas tapak kosong itu. Maknanya, PBT terbabit perlu mengadakan pengawasan setiap masa untuk mencegah kemungkinan ini berlaku. Mana-mana pendatang yang didapati tidak mempunyai permit untuk tinggal di negara ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal. Jika mempunyai dokumen yang lengkap pula, mereka perlu berpindah ke tempat yang sewajarnya, bukan tinggal di tanah yang diceroboh.
Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata menjentik pendatang tanpa izin berdasarkan petikan di atas. [2 markah]
ii. Jelaskan sikap pendatang tanpa izin sehingga mereka berani mendirikan petempatan di negara ini. [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diambil untuk mengatasi masalah kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu petempatan haram pendatang tanpa izin? [4 markah]