21.10.07

Jawapan rumusan 'faktor dadah mesti diperangi'


Soalan 1 : Rumusan

Pengenalan
Petikan membincangkan punca-punca gejala penagihan dadah mesti dihapuskan dalam kalangan masyarakat.

Isi tersurat (faktor dadah mesti diperangi)
1. Penagihan dadah membuatkan keluarga penagih menderita dan hidup tak keruan.
2. Dadah melalaikan generasi muda daripada menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan yang sihat dan bermakna.
3. Belia tidak dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan negara.
4. Gejala ini membawa masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS.
5. Penagih mudah terlibat dalam perlakuan jenayah.
6. Mangsa akan terus menagih dadah dan menderita sepanjang masa.

Isi tersirat (rintangan)
1. Penagih dadah tidak bekerjasama untuk berhenti menagih.
2. Pengedar dadah tidak takut akan hukuman.

Kesimpulan
Kesimpulannya, gejala penagihan dadah mesti dihapuskan agar lahirlah masyarakat yang sihat mental dan fizikal.

Soalan 2(a) : Pemahaman Umum
i. -usaha membendung penyalahgunaan dadah tidak begitu berkesan

ii. -dapat menggunakan masa dengan baik
-dapat menyertai kegiatan yang sihat dan bermakna
-dapat hidup dengan sihat dan selamat
-mereka disayangi oleh semua orang
-menjadi aset negara yang berharga

iii. -sikap ingin mencuba
-dipengaruhi kawan-kawan
-menganggap dadah dapat membantu menyelesaikan masalah/ tekanan
-dianiayai oleh pihak tertentu/ berkepentingan