5.1.08

Rumusan faktor pengangkutan awam semakin tidak popular

Peraturan Pemarkahan
Soalan 1 : Rumusan

Pengenalan

Petikan membincangkan masalah kekurangan penumpang yang dihadapi oleh sektor pengangkutan awam.
Petikan membincangkan pelbagai alasan yang diberi oleh orang ramai yang enggan menggunakan pengangkutan awam.
Petikan membincangkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia.
Petikan membincangkan pandangan negatif orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Isi tersurat (punca pengangkutan awam semakin tidak popular)
1. Masa perjalanan pengangkutan awam tidak tetap/ menentu.
2. Pengangkutan awam dianggap sesuai untuk golongan kurang mampu sahaja/ orang ramai memandang remeh perkhidmatannya.
3. Pengangkutan awam dikatakan tidak cekap.
4. Perkhidmatannya tidak mampu memenuhi keperluan pengguna.
5. Mutu pengangkutan awam di Malaysia ketinggalan (berbanding dengan di negara lain).
6. Teksi dan pelbagai jenis bas awam sudah uzur / tidak layak digunakan lagi/ berusia lebih daripada 10 tahun.
7. Orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatannya pada waktu puncak.

Isi tersirat (kewajaran orang ramai mengutamakan perkhidmatannya)
Kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan/ masalah tempat kereta yang terhad dapat diatasi. Perbelanjaan untuk tujuan pengangkutan dapat dijimatkan/ Kos pengangkutan pengguna dapat dijimatkan.
Pencemaran udara/ bunyi dapat dikurangkan.
Kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah perkhidmatan pengangkutan awam mesti diatasi supaya dapat memberikan keselesaan/ kepuasan kepada para pengguna.

Soalan 2(a)
i. -(satu daripada cara) pilihan untuk tiba ke tempat yang dituju

ii. -perkhidmatan bas perlu ditambah
-jadual perjalanan bas perlu diperkemas
-kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam
-syarikat pengangkutan awam wajar menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan

iii. -Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi
-penumpang mesti melaporkan kegiatan itu dengan segera kepada pihak berkuasa
-Kementerian Pengangkutan mesti mewajibkan penggunaan meter bayaran di dalam teksi -Persatuan Pemandu Teksi mesti mendidik ahli supaya lebih berdisiplin dan bertimbang rasa
-pengguna menggunakan kenderaan awam yang lain seperti bas
-pengguna memastikan pemandu teksi menggunakan meter
-kerajaan mengadakan kempen kesedaran sivik kepada pemandu teksi supaya sentiasa jujur dan amanah