Di bawah ini disanaraikan beberapa contoh rangkai kata yang diuji dalam peperiksaan (sebelum Antologi Anak Laut dan Kerusi diperkenalkan dalam SPM). Calon perlu membuat pertimbangan yang betul sama ada untuk membuat terjemahan langsung (perkataan seerti) ataupun membuat tafsiran berdasarkan situasi.
1. Engkau jangan bertindak seolah-olah beraja di mata, bersultan di hati.
-melakukan sesuatu mengikut kemahuan sendiri (sesuka hati)/ bertindak sesuka hati/
sewenang-wenangnya
2. Dia tidak mahu menyimbah minyak ke api yang marak.
-menambahkan kemarahan/ membuatnya menjadi bertambah marah/ memburukkan lagi
keadaan/ ketegangan suasana
3. Apabila sudah bernafas nanti, saya bayarlah.
-telah bertambah senang/ berkurangan hutang/ telah ada sumber kewangan/ mampu/
berkeupayaan
4. Dia masih tidak mahu surut.
-enggan mengalah/ masih marah/ belum reda
5. Dia memanggung kepala.
-mendongak/ mengangkat kepala
6. Berbekalkan bulan sehiris, dia terus berjalan.
-berpandukan cahaya bulan yang samar-samar/tidak terang
7. Dia menggagau ikan di sungai itu.
-meraba-raba/menggunakan tangan untuk mencari ikan/ mencari ikan dengan meraba-
raba
8. Engkau memang tali barut mereka.
-orang yang menjadi ampama (penyampai rahsia) seseorang untuk kepentingan diri sendiri
9. Awak mesti mengharung pokok-pokok renek di kaki bukit itu.
-menempuh/ melalui/ meredah/ merempuh pokok-pokok kecil/ belukar/ semak samun
10. Dia melewati denai sebelum sampai ke situ.
-melalui jalan kecil di hutan/ melintasi lorong khas di dalam hutan
11. Sewaktu terang-terang tanah, dia turun dari rumahnya.
-hampir siang/ pagi hari selepas subuh/ waktu fajar sadik
12. Debu kering melangit memenuhi kawasan itu.
-habuk berterbangan tinggi (di udara)
13. Pokok itu akhirnya menyembah bumi.
-tumbang/ rebah
14. Dapat juga dia menumpang sejuk anaknya.
-turut/ bersama-sama merasai kesenangan
15. Kalau gagal, alamat dapur tak berasaplah!
-tiada sumber pendapatan/ tidak mendapat rezeki
16. Kata-katanya bagai belati yang membenam.
-begitu menyakiti hati/ menggores perasaan/ menyinggung perasaan/ melukakan perasaan
17. Nasihatnya itu meniupkan api semangat saya.
-menguatkan/ menyemarakkan keazaman/ tekad/ kemahuan/ cita-cita/ memberi
keyakinan dan sokongan/ memberi perangsang/ memberi galakan
18. Mengapa awak tidak mengendahkan cemuhan mereka?
-mengambil berat/mempedulikan/ kecaman/ kritikan/ cacian
19. Dia memendam hasratnya.
-Firdaus (nama watak) menyimpan keinginan/ menyimpan cita-cita/ menangguhkan
keinginannya/ tidak memberitahu niat
20. Jentolak itu terus bertempik garang.
-mengeluarkan bunyi yang kuat/ bunyi bising/ bunyi yang membingitkan telinga/ bunyi
yang memekakkan telinga