Menyahut seru,
Menerima panggilan,
Sujud pada kebesaran,
Lahir, hidup dan mati,
Adalah lagu-lagu nisbi dalam edaran,
Bersama kelahiran,
Bersama kehidupan,
Bersama kematian,
Dan manusia kehilangan,
Kerana demikanlah,
Satu ketibaan yang menggemparkan,
Yang membimbangkan,
Yang menggembirakan,
Pun jua dalam kematian,
Manusia punya berupa-rupa paling ketara,
Kematian adalah milik kejadian,
Adalah milik kewujudan,
Yang tak punya masa terpisah,
Dan ruang terluang,
Yang saat ke saat,
Paling hampir dan berakhir,
Kematian adalah kemestian,
Adalah milik kejadian,
Bila sampai waktunya,
Yang tak akan terungkapkan,
Bahawa baru tadi aku mati,
Tidak usah ditangisi,
Aku hidup kini,
Mahu sujud kini,
Mahu sujud kini,
Mahu sujud pada Ilahi,
Pun jua kematian adalah hakikat kejadian,
Kerana demikianlah,
Waktu-waktunya kedengaran,
Hari-hari yang begitu berlalu.
Bait sajak nukilan A. Aziz Deraman (25 Jun 1978).
4.4.11
Kematian Adalah Milik Kejadian
Aspek: Fikir-fikir Dikirim oleh monasrim pada 23:52