Maksud
Rangkap 1
Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji/ perintah/ mandat daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.
Rangkap 2
Walaupun tindakan akan dijalankan, Laksamana berdepan dengan tugas berat untuk memohon pengampunan bagi pihak mereka yang ditahan dan bakal dijatuhkan hukuman.
Rangkap 3
Setelah mendengar titah betara, Laksamana tidak berani membantah kerana dia perlu mengutamakan keamanan negeri agar terpelihara daripada huru-hara.
Rangkap 4
Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara Laksamana, sudah lama gering dan Laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.
Rangkap 5
Walaupun berat hati, Laksamana tetap menjunjung perintah betara.
Rangkap 6
Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.
Rangkap 7
Harapan Laksamana agar dapat menjunjung titah perintah betara demi keamanan negara walaupun dia terpaksa berkorban.
Rangkap 8
Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda saudara yang gering meskipun dalam hati kecilnya terdetik kemungkinan tidak akan dapat bertemu dengannya lagi.
Rangkap 9
Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bonda saudaranya yang sakit seorang diri kerana perintah yang dijunjung melibatkan keselamatan seluruh rakyat jelata.
Rangkap 10
Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.
Tema
Tanggungjawab seorang pembesar melaksanakan perintah raja.
Persoalan
i. Kesetiaan terhadap pemimpin.
ii. Kepatuhan terhadap arahan pemerintah.
iii. Kepentingan negara yang menjadi keutamaan rakyat.
iv. Kasih sayang sesama manusia.
Nilai Murni
i. Kesetiaan
Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara
ii. Amanah
Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.
iii. Cinta akan negara
Contoh: Laksamana sanggup meninggalkan bonda saudaranya yang sakit demi negara.
Pengajaran
i. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan oleh pemerintah.
ii. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
iii. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
iv. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan
kepada masyarakat umum.