Maksud
Si Luncai seorang lelaki yang tidak peduli akan tanggungjawabnya. Walaupun dia mempunyai rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Dia ada anak tetapi tidak diasuh dan dididik dengan sempurna. Dia ada haiwan ternakan tetapi tidak dibela dan dibiarkan berkeliaran. Dia juga tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Dia mempunyai akal fikiran tetapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Dia ada menuntut ilmu tetapi tidak tamat. Walaupun ada belajar agama tetapi tidak dimanfaatkan untuk memahami dan menyelidik sesuatu perkara. Walaupun melihat perkara yang salah, dia tidak berusaha untuk mencegahnya. Dia mempunyai keupayaan fizikal tetapi tetap malas. Si Luncai berterusan mengamalkan sikap yang hanya memudaratkan dirinya sendiri. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana membazirkan semua potensi dan kemudahan yang dimiliki.
Tema
Sikap negatif yang memudaratkan diri sendiri.
Persoalan
i. Sikap malas untuk memajukan diri sendiri.
ii. Sikap tidak mengendahkan harta benda yang dimiliki.
iii. Keengganan mengamalkan ilmu yang diperoleh.
iv. Sikap mensia-siakan keupayaan fizikal yang dimiliki.
v. Sikap lepas tangan dalam pendidikan anak-anak
Nilai Murni
i. Bertanggungjawab.
Contoh : bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
ii. Kebijaksanaan
Contoh : kebijaksanaan dalam menjalankan pekerjaan.
iii. Kesyukuran :
Contoh : bersyukur atas nikmat yang dikurniai Allah.
Pengajaran
i. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
ii. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
iii.Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.
Contoh Soalan KBKK
ii. Pada pendapat anda, mengapakah segelintir masyarakat mengamalkan sikap tidak peduli
akan perkara negatif yang berlaku di sekeliling mereka? [3 m]