17.8.11

Sutera dalam Lukisan - Nilai murni (Bab 7)

Nilai murni : Berjimat cermat
Bukti : Bujei menyimpan semua wang yang diberikan Wak Senen di dalam kendi tembaga.

Murah hati/ Pemurah
Samsul membenarkan Bujei mengambil buah betik di ladang ayahnya.

Keprihatinan / Belas kasihan/ Bersimpati
Mak Lamah menjemput Bujei makan di rumahnya kerana Bujei mengatakan dia belum makan.

Bertanggungjawab
Wak Senen kerap memberikan wang kepada Bujei kerana tanah yang didudukinya sebenarnya milik Bujei.

Menepati janji
Bujei menepati janji untuk datang ke rumah Sidang Saman kerana Adila ingin menolongnya kembali kepada keadaan sediakala.

Hormat menghormati
Adila tidak memanggil Bujei dengan nama panggilan itu, sebaliknya memanggilnya dengan nama sebenarnya iaitu Mohamad Hafiz.