4.9.11

Novel - contoh soalan nilai kasih sayang

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]

Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Renyah dan Sutera dalam Lukisan.

Dalam novel Renyah, dipaparkan kasih sayang bapa terhadap anak-anak. Buktinya, Datuk Dolhi sangat menyayangi anak-anaknya walaupun mereka menimbulkan pelbagai masalah yang memalukan keluarga. Beliau berusaha menyelesaikan masalah mereka, iaitu menjamin Hasnol, menghantar Mukhlis ke pusat rawatan mental, dan menghantar Dani ke pusat pemulihan dadah.

Dalam novel Sutera dalam Lukisan pula dipaparkan kasih sayang anak terhadap ibu. Buktinya, Bujei sangat sayang akan ibunya, Fatimah. Akibat membela ibunya, dia telah dipukul oleh ayah tirinya. Dia juga cuba menyelamatkan ibunya yang pengsan ketika kebakaran walaupun usahanya itu sia-sia sahaja.