30.9.11

Sutera dalam Lukisan - Nilai murni (Bab 13)

Nilai murni : Kerajinan
Bukti : Bujei rajin menebas semak-samun dan tanahnya sudah digemburkan di kawasan tanah hadapan rumah neneknya.

Kerjasama
Bujei sedia membantu keluarga Sidang Saman untuk membuat persiapan majlis perkahwinan Same’ah.

Yakin diri / Keberanian
Bujei menyanyikan lagu ‘Bahtera Merdeka’ dengan yakin dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin pada majlis perkahwinan Same’ah.

Keinsafan
Kak Som insaf dan mahu meminta maaf kepada Bujei kerana Kak Som selalu mengejek dan menghina Bujei.