Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, "Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih , biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi hendak menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”

(Dipetik daripada 'Pelayaran yang Penuh Peristiwa' dalam antologi Harga Remaja)
i. Berikan maksud rangkai kata baru ini kita kiamat . [2 markah]
ii. Apakah sebab-sebab Awang Sulung tidak memberitahu lanun-lanun tentang kehadirannya di atas kapal itu? [3 markah]
iii. Sesetengah golongan masyarakat pada masa sekarang gemar berhutang. Pada pendapat anda, apakah keburukan sikap suka berhutang? [3 markah]