Mencerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawan kepada dua ayat tunggal.
i. Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
ii. Adakah kamu hendak ke pejabat atau ke hospital?
iii. Pelajar yang bercita-cita tinggi mempunyai masa depan yang cerah.
Membina ayat mengikut jenis
Bina satu ayat bagi setiap ayat perintah di bawah.
i. Ayat Silaan
ii. Ayat Suruhan
iii. Ayat Permintaan
Menentukan jenis ayat
Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat perintah, ayat seru, atau ayat tanya.
i. Pekerja itu menyapu lantai sebelum kedai dibuka.
ii. Aduh, sakitnya kaki aku!
iii. Ambillah buku itu.
Mengenal pasti pola ayat
Nyatakan pola bagi ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
i. Atlet itu berlari pantas.
ii. Surat itu daripada ayah.
iii. Halaman rumah itu sangat cantik landskapnya.
Mengenal pasti bahagian subjek dan predikat dalam ayat
Kenal pasti bahagian subjek dan predikat setiap ayat yang berikut.
i. Ayah saudaranya itu masih bekerja di luar negeri.
ii. Masyarakat Malaysia terkenal dengan budi bahasa yang tinggi.
iii. Mahal sangat harga seluar itu.
Membina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat tersebut.
i. Datuk Dolhi bapa pemuda itu.
ii. Majlis kesyukuran akan diadakan malam ini.
iii. Mereka ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah.
1.11.11
Sintaksis - latihan pengukuhan
Aspek: Tatabahasa - sintaksis Dikirim oleh monasrim pada 14:16