i. Persahabatan erat yang telah lama terjalin.
Buktinya, Datuk Dolhi bersahabat baik dengan Albert Lee sehingga mereka menubuhkan syarikat usaha sama 'Dolhi - Albert Holding'.
ii. Keterlibatan golongan muda dengan ajaran sesat.
Buktinya, Mukhlis menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.
iii. Sikap tamak dan lupa diri hingga terjebak dalam rasuah.
Buktinya, Hasnol bersikap tamak sehinggakan sanggup terlibat dalam rasuah. Dia yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan projek.
iv. Perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Buktinya, Wahi yang berbangsa Melayu berkahwin dengan Yuka yang berbangsa Jepun.
v. Perasaan cinta akan alam sekitar.
Buktinya, Ilham sanggup menentang projek ayahnya, Datuk Dolhi demi keprihatinan akan masalah alam sekitar dan berusaha untuk mempertahankan kelestarian hutan.
vi. Harapan besar seorang ayah supaya jejak langkahnya diikuti anak-anak.
Buktinya, Datuk Dolhi mahu anak-anaknya mengikuti jejaknya dalam perniagaan dan mewarisi kedudukannya dalam Dolhi-Albert Holding.
vii. Ketidakupayaan menetapkan hala tuju kerana minat dan kecenderungan yang berbeza-beza.
Buktinya, anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat dengan perniagaan. Hasnol pegawai PTD, Amera pendidik, Ilham penulis, Dani pemuzik, dan Mukhlis pendakwah.
viii. Ketegasan bapa dalam mendidik anak.
Buktinya, Datuk Dolhi tidak memberi pinjaman kewangan kepada Hasnol supaya Hasnol belajar mencari wang. Beliau juga memasukkan Dani ke pusat serenti supaya menjadi pengajaran kepada anaknya.
ix. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Buktinya, Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku pengetahuan sebagai rujukan sebelum menyampaikan ceramah tentang keusahawanan.
x. Sikap manusia yang bermuka-muka untuk kepentingan diri.
Buktinya, Albert Lee berharap dapat menguasai perniagaan Dolhi-Albert Holding melalui perkahwinan anaknya, Robert dengan Amera.