20.3.12

Rumusan kesan kenaikan harga barangan

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan
Petikan membincangkan akibat kenaikan harga barang keperluan harian di Malaysia yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Isi tersurat (kesan kenaikan harga barang)
1. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa.
2. Tanggungan keluarga bertambah berat.
3. Keraguan timbul dalam kalangan masyarakat.
4. Suasana yang tidak sihat timbul/ Pihak yang tidak bertanggungjawab akan mempengaruhi pengguna memburukkan kerajaan.
5. Peniaga memanipulasi pasaran (dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang).
6. Pembeli terpaksa akur dengan tindakan peniaga.
7. Kuasa pembeli pengguna bertambah kecil.
8. Kerajaan tidak akan dapat mengawal kegawatan ekonomi/ kegawatan ekonomi mungkin menjadi lebih teruk.

Isi tersirat (langkah kerajaan untuk menangani masalah)
1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan tindakan undang- undang yang tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.
2. Kerajaan mengadakan kempen berbelanja berhemat dalam kalangan pengguna.
3. Kerajaan memperbanyak kumpulan barangan kawalan.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kenaikan harga barangan keperluan harian mesti dikawal supaya pengguna tidak terus ditindas oleh peniaga.

Soalan 2(a)
i. -kenaikan harga sesuatu barangan akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain

ii. -menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka
-mengingkari arahan pihak berkuasa
-sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka

iii. -pengguna –mengitar semula barangan yang masih dapat digunakan
-pengguna –membeli barangan ketika perlu sahaja
-peniaga –tidak menyorokkan barangan keperluan
-peniaga –bersedia mendapat untung yang minimum/ mengutamakan tanggungjawab sosial