21.7.12

Menukar ayat aktif kepada ayat pasif

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya akan menjelaskan perkara itu dalam perjumpaan yang akan diadakan pada petang esok.

(ii) Pihak polis telah mengenal pasti suspek utama dalam kes jenayah itu.

(iii) Kamu mesti meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tapis selepas dinihari.