3(b) Sintaksis
Mencerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
i. Sudahkah awak berjumpa dengan ibu untuk meminta nasihatnya?
ii. Adik ke sekolah manakala kakak ke pejabat ayah.
iii. Budak yang menangis itu sudah diberi makan. [6 markah]
Membina ayat mengikut jenis
Bina satu ayat bagi setiap jenis ayat di bawah.
i. Ayat Penyata
ii. Ayat Permintaan
iii. Ayat Seruan [6 markah]
Menentukan jenis ayat
Kenal pasti jenis-jenis ayat yang berikut sama ada ayat tersebut ialah ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan atau ayat permintaan.
i. Jemputlah datang ke kantin petang ini.
ii. Tolong buang sampah sekarang.
iii. Silalah ke majlis keraian yang akan diadakan nanti.
iv. Buka pintu di sebelah kiri itu.
v. Usah lakukan perkara itu lagi.
vi. Ambilkan buku itu untuk saya. [6 markah]
Menyatakan pola ayat
Nyatakan pola bagi ayat di bawah sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
i. Hadiah itu untuk kamu.
ii. Buku yang tebal itu daripada abang saya.
iii. Pemain hoki itu sedang menjalani latihan di stadium.
iv. Cita-citanya setinggi gunung.
v. Orang tengah sering mengeksploitasi keringat nelayan sejak dahulu lagi.
vi. Sangat cerdik anak Pak Ali yang tinggal di Kuantan. [6 markah]
Mengenal pasti bahagian subjek dan predikat dalam ayat
Kenal pasti bahagian subjek dan predikat setiap ayat yang berikut.
i. Masih berada di Kuala Lumpur ayahnya.
ii. Pegawai itu akan bertindak dengan segera.
iii. Luas sungguh padang permainan ini. [6 markah]
Membina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang bergaris dalam ayat-ayat yang diberi.
i. Ali akan melanjutkan pelajaran.
ii. Azmi didenda kerana datang lewat ke sekolah.
iii. Pencemaran udara dapat dikawal melalui penguatkuasaan undang-undang. [6 markah]
20.7.17
Tatabahasa - Soalan 3(b) Sintaksis (pelbagai)
Aspek: Tatabahasa - sintaksis Dikirim oleh monasrim pada 19:05