24.5.18

Tatabahasa - morfologi

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pantas
(ii) kepantasan
(iii) nama
(iv) kenamaan
(v) tentu
(vi) ketentuan [6 markah]

Contoh jawapan:
(i) pantas (cepat, kencang, lekas, cekap, mahir, tangkas)
Mereka bergerak dengan pantas selepas menerima arahan daripada ketua.

(ii) kepantasan (kecepatan, kelajuan, kecekapan ketangkasan)
Kepantasan atlet itu berlari membolehkannya mendapat pingat emas.

(iii) nama (panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat, pertubuhan)
Beliau mencatat nama para penderma dalam buku laporan yang disediakan.

(iv) kenamaan (terkenal, termasyhur, orang berpangkat tinggi)
Beberapa ahli bahasa yang kenamaan turut menyumbangkan buah fikiran untuk menjayakan
program tersebut.
Perbuatan anak orang kenamaan itu yang mencuri di sebuah pasar raya telah menjejaskan imej ayahnya.

(v) tentu (sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur)
Mereka tentu akan susah hati apabila mendengar berita kemalangan itu.
Beliau belum tentu datang pada masa yang dijadualkan.

(vi) ketentuan (sesuatu yang telah ditetapkan, keputusan yang muktamad, ketetapan, beraturan)        
Hasil daripada perjanjian itu, satu ketentuan harga yang tetap telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.
Azmi mahu melabur dalam projek itu jika ada ketentuan untungnya.
Ali dipujuk oleh ibunya agar menetap di kampung kerana makan minumnya tidak ketentuan
sejak berhijrah ke bandar.