30.3.20

Bimasakti Menari - Binaan Plot

Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Pengenalan
Nurul Hafsa baru bekerja sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Nurul Hafsa melayan sekumpulan murid dari Jepun yang diiringi oleh Puan Maryam
Wickham bagi mencerap bintang Malangnya, bintang tidak kelihatan kerana langit terlalu cerah.
Hasrat murid-murid itu untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan juga tidak kesampaian.

Perkembangan
Nurul Hafsa membuat laporan tentang pencemaran cahaya yang menghalang aktiviti mencerap
bintang dan kelip-kelip ke Pejabat Daerah. Abangnya, Budiman mempertemukan Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik, pemilik rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam. Mereka bersetuju untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor bagi memastikan aktiviti pencerapan bintang dapat dijalankan dan menjaga populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Atas pengaruh Tan Sri Muhaimin, mereka berjaya membuat pembentangan kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor. Menteri Besar telah mengadakan majlis untuk mendengar pembentangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap tersebut.

Perumitan
Projek tersebut ditentang oleh Dato‘ Johann Arlington-Majid. Dato‘ Johann Arlington-Majid juga
tidak bersetuju kerana syarikat beliau tidak dapat membekalkan lampu-lampu full cut off yang diperlukan bagi tujuan projek tersebut. Dato' Johann Arlington-Majid sememangnya sudah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan hidup. Orang-orang upahannya telah menyerang dan mencederakan Muhammad Taufik ketika balik dari masjid. Setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri Muhaimin, Menteri Besar bersetuju untuk meneruskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor.

Klimaks/ Puncak
Ekoran daripada penculikan Nurul Hafsa, Muhammad Taufik yang sepatutnya mengikuti ibunya
balik ke Otago, New Zealand dengan berani telah pergi menemui penculik di stesen minyak PETRONAS. Di situ, dia diculik dan dibawa ke sebuah kawasan perladangan kelapa sawit di Bestari Jaya. Selepas itu, penculik membebaskan Nurul Hafsa. Nurul Hafsa membuat laporan di balai polis Bestari Jaya. Pihak polis yang diketuai oleh lnspektor Lim menubuhkan pasukan Gerak Khas. Akhirnya, penjenayah tersebut berjaya diberkas.

Peleraian
Hubungan antara Nurul Hafsa dengan Muhammad Taufik bertambah rapat. Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham mengambil keputusan untuk bernikah semula. Tan Sri Muhaimin bersyukur kerana keluarganya telah bersatu semula. Selesai majlis pernikahan ibu bapanya, Muhammad Taufik telah melamar Nurul Hafsa. Nurul Hafsa tersenyum apabila membaca mesej teks daripada Muhammad Taufik yang berbunyi "Kita ialah kelip-kelip terakhir di dunia".