i. Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor
(a) Sekumpulan murid sekolah rendah dari Hiroshima, Jepun melawat Balai Cerap Sultan Salahuddin untuk mencerap bintang di Bukit Melawati, Kuala Selangor.
(b) Nurul Hafsa bertugas sebagai pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor.
ii. Rumah Ikhtiar Teknoalam
(a) Puan Wickham tinggal di rumah Ikhtiar Teknoalam setelah dipelawa oleh anaknya, Muhammad
Taufik semasa dia mengikuti rombongan murid-murid dari Jepun ke Kuala Selangor
(b) Budiman meminta Muhammad Taufik menunjukkan projek Rumah Ikhtiar Teknoalam yang diusahakannya kepada Nurul Hafsa.
iii. Kampung Kuantan
Nurul Hafsa memberitahu ayahnya bahawa dia ingin melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Haji Yassir memandu kereta untuk membawa anaknya itu ke tempat orang melihat kelip-kelip.
iv. Rumah Haji Yassir
(a) Nurul Hafsa tidak puas melihat langit. Hal ini demikian kerana, ayahnya memasang lampu tuju yang kuat di setiap penjuru rumah.
(b) Budiman baru tiba di rumah setelah tiga hari berkhemah di Taman Rimba Templer. Nurul Hafsa
menyambutnya. Mereka menunggu ayah mereka pulang dari kebun untuk makan tengah hari.
Kemudian, mereka solat zuhur berjemaah.
v. Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala Selangor
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik mengadakan perbincangan tentang projek Kawasan Simpan
Langit Gelap di Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin.
vi. Pejabat Daerah Kuala Selangor
Nurul Hafsa membuat pembentangan tentang pencemaran cahaya dan kesannya terhadap keadaan
langit dan populasi kelip-kelip di hadapan pegawai daerah di dalam bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kuala Selangor.
vii. Hospital Besar Tanjung Karang
Muhammad Taufik yang dipukul oleh beberapa orang yang tidak dikenali di kawasan yang gelap dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kes kemalangan itu berkemungkinan angkara musuh Muhammad Taufik.
viii.Stesen minyak PETRONAS
Muhammad Taufik keluar dari kereta ayahnya dan terus ke bahagian belakang stesen minyak PETRONAS. Dia ditarik dengan ganas ke dalam van itu.
5.5.20
Bimasakti Menari - Latar Tempat
Aspek: Novel - nota Dikirim oleh monasrim pada 17:49