13.8.20

Latihan cerpen - Cinta Ahmad Mutawakkil (jawapan)

(i) -pergi ke surau / melawat surau pada setiap petang / selepas solat asar
-berbual-bual tentang pelbagai perkara terutama dengan Imam Ngah Deraman / Penghulu Ibrahim Sigap

Apabila kembali menetap di estet selepas kekalahan tentera Jepun, Tuan Booth akan pergi ke surau pada setiap petang. Selain itu, dia akan berbual-bual tentang pelbagai perkara terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.


(ii) -kerajaan perlu memperkuat / memperkukuh sistem pertahanan negara
-rakyat mesti mengekalkan perpaduan / mesti hidup bersatu padu / mesti memupuk semangat patriotik
-kerajaan mesti menjalinkan hubungan persahabatan/ diplomatik dengan negara serantau

Pada pendapat saya, untuk mengelakkan penjajahan, sesebuah kerajaan itu perlu memperkukuh sistem pertahanan negara. Selain itu, rakyat mestilah mengekalkan perpaduan. Di samping itu, kerajaan mestilah menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara serantau.


(iii) latar masyarakat dalam petikan:
-masyarakat yang berani bersuara untuk menentang penjajahan kuasa asing
Buktinya, Ahmad Mutawakkil berani berjuang secara terbuka menentang Inggeris

latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen:
-masyarakat yang bekerjasama untuk mengatasi masalah
Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Ahmad Mutawakkil yang telah hilang beberapa hari

Latar masyarakat dalam petikan cerpen ialah masyarakat yang berani bersuara untuk menentang penjajahan kuasa asing. Buktinya, Ahmad Mutawakkil berani berjuang secara terbuka menentang Inggeris.

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen pula ialah masyarakat yang bekerjasama untuk mengatasi masalah. Buktinya, penduduk kampung bekerjasama mencari Ahmad Mutawakkil yang telah hilang beberapa hari.