(ii) Ahmad membeli senaskhah akhbar dan sebuah buku di kedai yang berhampiran dengan pejabatnya.
(iii) Tindakan yang tegas mesti diambil untuk membendung gejala rasuah daripada berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal, bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. -Profesor Dr. Hamka
Aspek: Tatabahasa - sintaksis (jawapan) Dikirim oleh monasrim pada 23:14
i. Sejak kebanjiran pendatang asing peningkatan kadar jenayah di negara ini agak ketara.
ii. Untuk menghindari penyakit kronik amalan pemakanan yang seimbang adalah penting.
iii. Walaupun kerap kali diadakan kempen menjaga kebersihan bandar orang ramai masih tidak dapat mendisiplinkan diri.
Aspek: Tatabahasa - sintaksis (jawapan) Dikirim oleh monasrim pada 23:09
i. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri.
ii. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri.
iii. Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan untuk membina kesedaran berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
iv. Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan untuk mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
v. Badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja.
vi. Badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan masyarakat umum.
Aspek: Tatabahasa - sintaksis (jawapan) Dikirim oleh monasrim pada 09:51
(i) Gugusan kepulauan Melayu memang masyhur semenjak abad ke-15 sebagai kawasan
tanaman rempah ratus.
(ii) Persatuan Bekas Perajurit mengadakan program untuk membantu ahlinya pada masa
persaraan mereka.
(iii) Pengisytiharan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan akan meningkatkan /
merancakkan pembangunan di Sepang.
Aspek: Tatabahasa - sintaksis (jawapan) Dikirim oleh monasrim pada 09:45
Siti ingin tahu akan sebab Ani termenung.
Ani menjelaskan bahawa dia susah hati kerana peperiksaan kian menjelang sedangkan dia belum membuat persiapan yang mencukupi.
Siti mengingatkan Ani bahawa mereka mesti belajar bersungguh-sungguh.
Ani meminta kepastian daripada Siti sama ada Siti boleh membantunya.
Siti meminta penjelasan lanjut daripada Ani berhubung dengan hal itu.
Ani menjelaskan bahawa dia hendak meminjam nota pelajaran Siti kerana dia hendak membaca dan menyalinnya.
Siti memberitahunya bahawa dia tidak keberatan dengan syarat Ani mesti belajar bersungguh-sungguh.
Ani berjanji bahawa dia akan belajar bersungguh-sungguh kerana dia juga mahu berjaya seperti pelajar-pelajar yang lain.
Aspek: Tatabahasa - sintaksis (jawapan) Dikirim oleh monasrim pada 09:39
(i) Surat itu saya tulis kepada ibu untuk bertanyakan khabar.
Aspek: Tatabahasa - sintaksis (jawapan) Dikirim oleh monasrim pada 08:19
Anda pantas?
Tekan butang "Mula" dan tunggu sehingga warna latar belakang berubah. Sebaik sahaja warnanya berubah, tekan butang "Berhenti".