Showing posts with label Novel - soalan. Show all posts
Showing posts with label Novel - soalan. Show all posts

14.7.25

K2 : S8 - Novel - Peristiwa yang menimbulkan rasa kagum pembaca bagi setiap novel

Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih dan Bimasakti Menari.

Peristiwa yang menimbulkan rasa kagum pembaca dalam novel Pantai Kasih ialah apabila Dr Raiha tabah berdepan dengan ancaman daripada suaminya, Dr Sadiz termasuk paksaan supaya dia menggugurkan anak dalam kandungannya yang cacat. Peristiwa ini menyebabkan pembaca kagum akan ketabahan seorang ibu menghadapi cabaran dalam menjaga anak yang mengalami kecacatan dengan penuh kasih sayang.

Peristiwa yang menimbulkan rasa kagum pembaca dalam novel Bimasakti Menari pula ialah apabila Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha untuk merealisasikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor dan berani berdepan dengan ancaman yang membahayakan keselamatan diri apabila diculik oleh penjahat yang diupah oleh Dato' Johann Arlington-Majid bagi menggagalkan usaha tersebut. Peristiwa ini menyebabkan pembaca kagum akan kegigihan dan keberanian individu menangani isu pencemaran alam sekitar walaupun keselamatan diri terancam.

26.11.22

K2 : S8 - Novel - Pengajaran yang berkaitan dengan ketabahan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari

Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari.

Pengajaran yang berkaitan dengan ketabahan berdasarkan novel ini ialah kita hendaklah tabah dalam menghadapi rintangan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Buktinya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran dalam usaha untuk mengembalikan kegelapan malam untuk membolehkan aktiviti pencerapan bintang dan menjaga habitat kelip-kelip. Mereka tetap berusaha dengan gigih untuk memastikan kerajaan negeri meluluskan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor 

  Selain itu, pengajaran lain yang berkaitan dengan ketabahan ialah kita hendaklah tabah menghadapi ancaman yang membahayakan keselamatan diri. Buktinya, Muhammad Taufik tabah menghadapi risiko yang membahayakan keselamatan dirinya. Walaupun dipukul sehingga cedera parah dan diculik oleh penjahat upahan Dato' Johann Arlington-Majid, dia tetap tidak berputus asa untuk membantu Nurul Hafsa merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

K2 : S8 - Novel - Peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama

Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari.

Peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama dalam novel ini ialah apabila Nurul Hafsa mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh sekumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun yang mengunjungi Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat daripada masalah pencemaran cahaya. Peristiwa ini menunjukkan kebijaksanaan watak utama dalam menyampaikan hujah yang bernas dan rasional.

Selain itu, peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama ialah apabila Nurul Hafsa bekerjasama dengan Muhammad Taufik untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap bagi menangani masalah pencemaran cahaya di Kuala Selangor. Dia cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang dengan sokongan kerajaan negeri. Peristiwa ini menunjukkan kebijaksanaan watak utama dalam menjalankan usaha untuk melestarikan alam sekitar

19.8.21

K2 : S8 - Novel - Peristiwa yang menarik dalam novel (novel Pantai Kasih)

 Huraikan dua peristiwa yang menarik berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. [6 markah]

Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih.

Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah apabila anak tunggal Dr Raiha iaitu Rohayu meninggal dunia dalam tragedi kebakaran kereta mewah suaminya, Dr Sadiz. Peristiwa ini menarik kerana watak utama iaitu Dr Raiha begitu tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan dan dia reda akan ketentuan takdir.

Selain itu, peristiwa yang menarik ialah apabila Dr Raiha menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul kali keenam ke atas Unong Siron untuk membantu menyembuhkannya. Peristiwa ini menarik kerana Dr Raiha sanggup mengambil tanggungjawab dan berusaha dengan penuh dedikasi sebagai seorang doktor untuk membantu memulihkan pesakit yang sudah lama menanggung kesakitan.

16.8.21

K2 : S8 - Novel - Peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan (novel Pantai Kasih)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. [6 markah]

Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih.

Antara peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam novel ini ialah apabila anak tunggal Dr Raiha iaitu Rohayu meninggal dunia dalam tragedi kebakaran kereta mewah suaminya, Dr Sadiz. Peristiwa ini memberikan panduan kepada kita supaya sentiasa tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan panduan ialah apabila Dr Raiha menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul kali keenam ke atas Unong Siron untuk membantu menyembuhkannya.Peristiwa ini memberikan panduan kepada kita agar berusaha dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk membantu memulihkan pesakit.

Di samping itu, peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam novel ini ialah apabila Dr Raiha menegur sikap Felicia Landosi yang melayan ibu Unong Siron dengan kasar. Peristiwa ini memberikan panduan kepada kita supaya melayan semua orang dengan adil dan tidak memandang hina kepada orang lain.

9.8.21

K2 : S8 - Novel - Masalah yang berlaku antara watak

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua masalah yang timbul antara watak dalam novel tersebut. [6 markah]

Jawapan:

            Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih.
 

            Antara masalah yang berlaku dalam novel ini ialah antara suami dengan isteri. Buktinya, Dr Sadiz mendesak Dr Raiha menggugurkan kandungan apabila mengetahui anak yang dikandungnya itu mengalami kecacatan. Walau bagaimanapun, kemahuannya itu tidak ditentang oleh Dr Raiha.

 

            Selain itu, masalah juga timbul antara seorang staf dengan ketua. Buktinya, Felicia Landosi berasa tersinggung dan tidak berpuas hati apabila Dr Raiha menegur layanan kasarnya terhadap ibu Unong Siron.

K2 : S8 - Novel - Peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan (novel Bimasakti Menari)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. [6 markah]

Jawapan:
 
               Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari.

             Antara peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam novel ini ialah apabila Budiman menemani Nurul Hafsa semasa bertemu dengan Muhammad Taufik di Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala Selangor. Peristiwa ini memberikan panduan kepada kita supaya menjadi seorang abang yang bertanggungjawab dengan menemani adik perempuan bagi menjaga tatatertib perhubungan antara seorang gadis dengan lelaki bukan mahram dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah terhadap mereka.

             Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan panduan ialah apabila Haji Yassir menadah air hujan di dalam tempayan untuk kegunaan menyiram pokok, walaupun di rumahnya ada bekalan air paip. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan kepada kita agar sentiasa berjimat cermat dalam urusan harian dan tidak membazir.

16.12.20

Latihan Novel

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [7 markah]

Novel Bimasakti Menari
-masyarakat yang membuat tuduhan secara melulu/ tanpa usul periksa
Buktinya, Nurul Hafsa pada awalnya bersikap negatif apabila membuat tuduhan dan sangkaan yang salah terhadap Muhammad Taufik yang memagar kawasan anak sungai di Kampung Kuantan. Sebenarnya tujuan Muhammad Taufik berbuat demikian ialah untuk memastikan iaitu supaya kelip-kelip mempunyai tempat untuk bersembunyi. Dia akan meruntuhkan pagar tersebut apabila populasi kelip-kelip pulih semula.

-masyarakat yang mementingkan keuntungan material berbanding dengan kelestarian alam sekitar
Buktinya, pelbagai bentuk pembangunan material dijalankan dengan pesat oleh pengusaha industri yang mementingkan keuntungan di Kuala Selangor menyebabkan berlakunya pencemaran cahaya yang menjejaskan aktiviti pencerapan bintang dan mengurangkan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan.

-masyarakat yang berdendam terhadap pesaing dalam perniagaan
Buktinya, Dato' Johann Arlington-Majid sudah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana kejayaan Tan Sri Muhaimin dalam bidang perniagaan. Dia juga marah kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan hidupnya.

-masyarakat yang sanggup melakukan jenayah untuk mencapai matlamat yang dikehendaki
Buktinya, Dato' Johann Arlington-Majid sanggup mengupah penjenayah untuk menyerang Muhammad Taufik ketika balik dari masjid. Selain itu, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik turut diculik sehinggalah dibebaskan oleh dan penculik upahan ditangkap di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Bestari Jaya.

Contoh jawapan:

       Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari.

     Antara kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah ada kalangan masyarakat yang mementingkan keuntungan material berbanding dengan kelestarian alam sekitar. Buktinya, pelbagai bentuk pembangunan material dijalankan dengan pesat oleh pengusaha industri yang mementingkan keuntungan di Kuala Selangor. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran cahaya yang menjejaskan aktiviti pencerapan bintang dan mengurangkan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan.
 

      Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berdendam terhadap pesaing dalam perniagaan. Buktinya, Dato' Johann Arlington-Majid sudah lama berdendam dengan Tan Sri Muhaimin kerana kejayaan Tan Sri Muhaimin dalam bidang perniagaan. Selain itu, dia juga marah kerana Maryam Wickham memilih Tan Sri Muhaimin sebagai pasangan hidupnya.


23.7.20

Novel - contoh soalan

(a) Jelaskan dua perwatakan watak utama berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari. [7m]

Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih. Watak utama dalam novel ini ialah Dr Raiha.

Antara perwatakan Dr Raiha ialah dia seorang wanita yang rajin. Buktinya, Raiha rajin belajar sehingga menjadi seorang doktor seperti ayahnya. Atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran, dia telah menjadi seorang pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Selain itu, Dr Raiha seorang doktor yang prihatin. Buktinya, dia prihatin terhadap nasib malang yang menimpa Unong Siron dengan menjalankan pembedahan penggantian sendi tulang pinggul bagi kali yang keenam ke atas gadis itu untuk membantu memulihkannya.


(a) Huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel yang anda kaji. [7m]

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih dan Bimasakti Menari.

Latar masyarakat dalam novel Pantai Kasih ialah masyarakat yang mengutamakan keuntungan kewangan berbanding dengan kebajikan orang lain. Buktinya, Doktor Uwang lebih memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih tanpa menghiraukan kemampuan kewangan keluarga pesakit.

Latar masyarakat dalam novel Bimasakti Menari pula ialah masyarakat yang prihatin akan masalah pencemaran alam sekitar. Buktinya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menangani masalah tersebut akibat daripada pembangunan yang tidak terancang melalui projek Kawasan Simpan Langit Gelap.


(a) Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. [7m]

Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari.

Bahagian permulaan novel ini menarik minat saya kerana menonjolkan kebijaksanaan anak tempatan memberikan penerangan tentang gugusan bintang kepada pelancong asing. Buktinya, pada peringkat awal cerita tersebut, Nurul Hafsa yang bertugas sebagai pegawai sains begitu bijak memberikan penerangan yang menarik kepada pelancong asing yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah dari Hiroshima, Jepun yang melawat Balai Cerap Sultan Salahuddin.

Selain itu, bahagian permulaan novel itu menarik minat minat saya kerana telah menonjolkan keistimewaaan tempat yang menjadi latar cerita yang menjadi tumpuan pelancong serata dunia. Buktinya, pengarang menjelaskan keistimewaan Kuala Selangor yang mempunyai Balai Cerap Sultan Salahuddin di Kuala Selangor yang menjadi tumpuan pencerap bintang serta terkenal kerana menjadi habitat kelip-kelip.


(b) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu peristiwa daripada setiap novel yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [8m]

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih dan Bimasakti Menari.

Peristiwa yang menimbulkan kesedaran dalam novel Pantai Kasih ialah apabila Raiha tabah menghadapi ancaman daripada suaminya, Dr Sadiz termasuk paksaan supaya dia menggugurkan anak dalam kandungannya yang cacat. Peristiwa ini menyedarkan pembaca supaya kasih akan anak dan sentiasa tabah semasa menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Peristiwa yang menimbulkan kesedaran dalam novel Bimasakti Menari pula ialah semasa Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik bekerjasama menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap untuk dibentangkan kepada Menteri Besar. Peristiwa ini menyedarkan pembaca tentang kepentingan bekerjasama dan saling membantu dalam melaksanakan sesuatu tugasan bagi memperoleh hasil yang terbaik.

28.6.20

Novel - Senarai Semak Soalan SPM (Jun 2010 – Nov 2019)

Tahun
4(a) 7 markah
4(b) 8 markah
Jun ‘10
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.                                            
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat dalam setiap novel.
Nov ‘10
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.                 
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.                                                          
Jun ‘11
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, ceritakan kandungan novel itu secara ringkas.
Huraikan dua pengajaran yang dapat anda peroleh melalui sebuah novel yang telah anda kaji.
Nov ‘11
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan        perwatakan watak utama dalam novel tersebut.
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Jun ‘12
Huraikan tema sebuah novel yang telah anda pelajari.
          Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga
pengajaran daripada novel tersebut.
Nov ‘12
Dua latar masa dalam sebuah novel
Tiga nilai kemanusiaan dalam sebuah novel
Jun ‘13
Dua latar tempat dalam sebuah novel
Pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam dua buah novel
Nov ‘13
Tulis sinopsis sebuah novel
Tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan dalam sebuah novel
Jun ‘14
Perwatakan watak sampingan yang telah ditentukan mengikut novel
Tiga contoh nilai kasih sayang
Nov ‘14
Cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapi
Satu latar masyarakat dalam dua buah novel
Jun ‘15
Dua peristiwa dan sebab peristiwa-peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca
Satu nilai keberanian dalam dua buah novel
Nov ‘15
Persoalan kasih sayang dalam sebuah novel
Satu pengajaran tentang kerjasama dalam dua buah novel
Jun ‘16
Dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca
Satu nilai kemanusiaan yang diamalkan oleh watak sampingan
Nov ‘16
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari.                   
Berdasarkan dua  buah  novel yang anda  pelajari, huraikan satu  latar masa bagi setiap novel tersebut.

Jun ‘17
Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama.
Nov ‘17
Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.                              
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati pembaca.
Jun ‘18
Jelaskan dua contoh peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan dalam sebuah novel yang anda pelajari
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.
Nov ‘18
Jelaskan dua perwatakan watak sampingan yang ditetapkan berdasarkan sebuah novel yang dikaji : Doktor Uwang (Pantai Kasih) / Muhammad Taufik (Bimasakti Menari).
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang bekerjasama bagi setiap novel.
Jun ‘19
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai pengorbanan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
Nov ‘19
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Huraikan sebab anda berpendapat demikian.                   

5.5.20

Bimasakti Menari - soalan perwatakan

Jelaskan dua perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang anda kaji.   [7 markah]


     Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari. Watak utama dalam novel ini ialah Nurul Hafsa.

      Antara perwatakan Nurul Hafsa ialah dia seorang gadis yang tabah. Buktinya, Nurul Hafsa tabah menghadapi dugaan dan ancaman terhadap keselamatannya dalam usaha mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor untuk menjaga habitat kelip-kelip dan memastikan aktiviti pencerapan bintang dapat dilakukan dengan mudah.

      Selain itu, Nurul Hafsa seorang gadis yang jujur. Buktinya, dia secara jujur menjelaskan punca bintang-bintang tidak dapat dicerap dengan mata kasar kepada pengunjung Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.

      Di samping itu, Nurul Hafsa seorang gadis yang berani. Buktinya, dia berani meneruskan usaha untuk melaksanakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor walaupun menyedari keselamatan dirinya terancam.


Bimasakti Menari - soalan latar masyarakat

Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel yang anda kaji. [7 markah]

      Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih dan Bimasakti Menari.

      Latar masyarakat dalam novel Pantai Kasih ialah masyarakat yang mengutamakan keuntungan kewangan berbanding dengan kebajikan orang lain. Buktinya, Doktor Uwang lebih memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih tanpa menghiraukan kemampuan kewangan keluarga pesakit.

     Latar masyarakat dalam novel Bimasakti Menari pula ialah masyarakat yang prihatin akan masalah pencemaran alam sekitar. Buktinya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik prihatin terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan berazam untuk menangani masalah tersebut akibat daripada pembangunan yang tidak terancang.








29.10.18

Latihan Novel

Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop


(a) Huraikan dua latar masa dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menggambarkan nilai keprihatinan daripada setiap novel. [8 markah]

Contoh jawapan:
(a)    Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari.
       
         Antara latar masa dalam novel ini ialah pada waktu malam. Buktinya, sekumpulan kanak-kanak dari Hiroshima, Jepun tiba di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada waktu malam iaitu selepas maghrib untuk mencerap bintang.

         Selain itu, latar masa dalam novel ini ialah pada waktu tengah hari. Buktinya, Budiman yang tiba di rumah disambut oleh Nurul Hafsa pada waktu tengah hari. Seterusnya, mereka menunggu Haji Yassir pulang dari kebun untuk makan tengah hari dan solat zuhur secara berjemaah.

   
(b)      Novel yang saya pelajari ialah Pantai Kasih dan Bimasakti Menari.

           Nilai keprihatinan dalam novel Pantai Kasih ialah keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami oleh pesakit. Buktinya, Dr Raiha prihatin terhadap nasib Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan sendi tulang pinggul beberapa kali. Dia berharap agar pembedahan kali keenam yang dilakukannya merupakan pembedahan yang terakhir untuk membantu menyembuhkan kesakitan yang dialami oleh Unong Siron.

           Nilai keprihatinan dalam novel Bimasakti Menari pula ialah keprihatinan terhadap kesejahteraan alam sekitar. Buktinya, Nurul Hafsa prihatin akan masalah pencemaran cahaya di Kuala Selangor. Dia berusaha mengembalikan kegelapan malam di langit Kuala Selangor supaya aktiviti pencerapan bintang dapat dilakukan dan habitat kelip-kelip di kawasan itu terpelihara.

24.5.18

Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:

(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop


(a) Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa yang menarik perhatian pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, pilih dua peristiwa yang anda anggap menarik.
Nyatakan alasan anda memilih setiap peristiwa itu.                                                               [7 markah]

(b) Watak sampingan turut berperanan penting dalam sesebuah cerita.
Huraikan persamaan perwatakan satu watak sampingan dalam novel yang anda pelajari di tingkatan empat dengan perwatakan satu watak sampingan dalam novel yang anda pelajari di tingkatan lima. [8 markah]

21.3.17

Novel Pantai Kasih & Bimasakti Menari : Contoh latihan (individu/berkumpulan) persamaan nilai murni



Nilai murni
Novel
Huraian isi
Bukti
Keprihatinan
Pantai Kasih
Keprihatinan akan anak yang mengalami masalah kesihatan

Keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami oleh pesakit

Keprihatinan terhadap kedaifan hidup orang lain

Bimasakti Menari
Keprihatinan terhadap ancaman pembangunan terhadap kelestarian  alam sekitar

Keprihatinan akan masalah yang dihadapi oleh bapa

Keprihatinan terhadap usaha merealisasikan rancangan pemuliharaan alam sekitar

Kerajinan/ Kegigihan
Pantai Kasih
Kegigihan untuk memajukan perniagaan

Kerajinan menuntut ilmu

Kegigihan mendidik anak bangsa hingga berjaya dalam pelajaran

Bimasakti Menari
Kerajinan menuntut ilmu

Kerajinan membantu jiran tetangga

Kerajinan melakukan pekerjaan

2.5.16

Novel Bimasakti Menari - teka silang kata

melintang

1.     Abang yang prihatin akan Nurul Hafsa.
3.     Universiti ....... tempat Nurul Hafsa melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik dan kaji falak.
5.     Maryam ....... Abdullah ibu kepada Muhammad Taufik.
8.     Kumpulan haiwan dan tumbuhan yang terdapat di seuatu kawasan atau habitat tertentu = .............
10.   Nurul Hafsa memakai selendang yang dihiasi .......
12.   Sebut harga bagi pelan pencahayaan yang mesra alam dibuat melalui sistem .......
15.   Nama gugusan bintang (buruj) yang boleh dilihat dari mana-mana tempat di seluruh dunia.
16.   Muhammad Taufik dipaksa mengikut ibunya tinggal di ......., New Zealand atas faktor keselamatan.
17.   Tan Sri Muhaimin ialah seorang .......
18.   Pohon ..... menjadi habitat kelip-kelip (pteroptyx tener).
20.   Pekerjaan abang kepada Nurul Hafsa.
21.   Nurul Hafsa berusaha mengawal ..... cahaya.

ke bawah

2.     ....... Teknoalam ialah projek pembinaan rumah mesra alam yang diusahakan oleh Muhammad Taufik.
4.     Tan Sri Muhaimin bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA .......
6.     Dato' ....... menentang idea Nurul Hafsa.
7.     Orang ramai menaiki bot melihat kelip-kelip di Kampung .......
9.     Tempat Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berbincang.
11.   Nurul Hafsa bekerja sebagai pegawai ....... di Balai Cerap Sultan Sahuddin, Kuala Selangor.
12.   "Kita ialah dua ekor kelip-kelip ....... di dunia."
13.   Nurul Hafsa membentangkan kertas kerjanya di Pejabat ....... Kuala Selangor.
14.   Pelancong melihat kelip-kelip dengan menaiki .......
19.   Hasrat Nurul Hafsa agar diwartakan Kawasan Simpan Langit .......